Cerita 365 Hari, Sedalam Cintamu by Dina Farhana, Norzailina Nordin

Cerita 365 Hari, Sedalam Cintamu by Dina Farhana, Norzailina Nordin from  in  category
Privacy Policy
Read using
(price excluding 0% GST)
Category: General Novel
ISBN: Cerita 365 Hari-Sedalam Cintamu
File Size: 0.00 MB
Format: EPUB (e-book)
DRM: Applied (Requires eSentral Reader App)
(price excluding 0% GST)

Sinopsis

Cinta 365 Hari KATA orang, cinta tidak mengenal siapa. Cinta itu perkara biasa bagi makhluk yang bergelar manusia. Mahu bercinta, ingin dicintai – itu sudah pasti! Persis ombak dan pantai yang tidak ingin berpisah walau sesaat. Itulah CINTA! Cinta yang mendalam pada Erynn membutakan matanya. Kali pertama bertemu, Darren Ho sudah jatuh hati. Perwatakan Erynn yang agak lurus mencuit hatinya. Kelembutan sifat Erynn meruntun jiwanya. Keikhlasan gadis itu menawan sanubari. Namun, latar belakang mereka yang jauh berbeza, apatah lagi perbezaan agama yang dianuti menjadi halangan besar buat mereka meneruskan hubungan. Madam Ho sama sekali tidak mahu melepaskan Darren kepada Erynn. Maka, dia membuat muslihat untuk memisahkan mereka. Bagi mempertahankan nama keluarga Ho, Madam Ho memaksa Darren mengahwini Tania, gadis sebangsanya. Darren serba salah. Antara ibu dan kekasih, yang mana patut didahulukan? Mempertahankan cintanya atau terus menjadi anak yang patuh? Gila! Memang gila dibuatnya Yang pasti, dia tidak pernah berhenti membilang hari... bilakah cintanya dan Erynn bakal bersatu. Sedalam Cintamu RINA begitu komited dalam kariernya di sebuah syarikat buku di ibu kota. Prinsipnya, tugas dan peribadi tidak boleh diselaraskan dalam suatu masa. Oleh itu dalam waktu yang singkat dia berjaya membina kedudukannya dengan jawatan yang lebih baik. Kepercayaan Rina terhadap cinta musnah bila Kamarul berlaku curang di belakangnya. Namun, kehadiran Adam telah merubah prinsipnya terhadap lelaki. Dalam benci, dia mula tertarik pada lelaki itu. Dan Adam sendiri telah melafazkan cinta pandang pertamanya pada Rina. Namun, kemunculan Kamarul telah menggugat cinta Adam dan Rina. Keadaan semakin rumit bila Cynthia dan Celine, merayu kasih Adam kembali. Wajarkah Rina meninggalkan Adam sedangkan lelaki itu tulus dalam cintanya?

Reviews

Write your review

Recommended