My Lovely Tengku, Satu-Satunya Cinta by Pitteriah Abdullah,Hafimi Huzin

My Lovely Tengku, Satu-Satunya Cinta by Pitteriah Abdullah,Hafimi Huzin from  in  category
Privacy Policy
Read using
(price excluding 0% GST)
Category: General Novel
ISBN: My Lovely Tengku-Satu-Satunya Cinta
File Size: 0.00 MB
Format: EPUB (e-book)
DRM: Applied (Requires eSentral Reader App)
(price excluding 0% GST)

Sinopsis

My Lovely Tengku Perkahwinan antara Zara Irdina dan Akmal terputus kerana Akmal tidak mahu Zara Irdina yang dilabelkan sebagai anak haram. Tengku Izraf Akif hanya mencintai Zara Irdina seorang, malangnya Zara Irdina menolak lamaran lelaki itu kerana dia hanya anak orang kebanyakan. Tengku Izraf Akif mengambil kesempatan untuk merebut kembali hati Zara Irdina supaya kembali ke pangkuannya. Demi menjaga kehormatan diri, Zara Irdina menerima lamaran Tengku Izraf Akif. Malangnya hubungan mereka dilarang oleh golongan bangsawan dan masyarakat. Dapatkah Tengku Izraf Akif dan Zara Irdina meneruskan perkahwinan mereka? Siapa sebenarnya ibu bapa Zara Irdina? Satu-Satunya Cinta PERASAAN cinta ini ialah sesuatu yang ingin dielakkan oleh kedua-duanya. Ika Aizura sedar dia seolah-olah mengambil kesempatan. Alfi Hariz pula tahu keluarganya pasti menentang. Anak tuan rumah dan orang gaji saling menaruh hati. Tetapi, siapa di dunia ini yang mampu memilih dengan siapa dia jatuh cinta? Kasih yang dipertaruhkan sepenuh jiwa mendapat restu jua setelah Alfi Hariz berkeras dengan pilihannya. Ika Aizura bersetuju menjadi suri hidupnya. Namun, hari pernikahan yang dijangka meriah dengan hujan kesyukuran menjadi gempar. Bakal pengantin perempuan melarikan diri tiba-tiba. Sekeping nota ditinggalkan oleh Ika Aizura. Aura pilu menyelubungi diri pengantin lelaki, ditinggalkan oleh cinta pada hari yang sepatutnya mencatatkan sejarah indah bukannya duka. Alfi Hariz bingung seketika. Mengapa impiannya dikhianati sesudah kebahagiaan mereka telah Ika Aizura janjikan? Pada saat itu, bapa pengantin lelaki mendesak supaya anaknya bernikah dengan wanita lain demi menutup aib jika majlis dibatalkan. Akhirnya, antara simpati dan cinta, mana yang perlu didahulukan?

Reviews

Write your review

Recommended