Terbaik Untukmu, Atas Lantai Takdir by Yatie Atiqa,  Fida Rohani

Terbaik Untukmu, Atas Lantai Takdir by Yatie Atiqa,  Fida Rohani from  in  category
Privacy Policy
Read using
(price excluding 0% GST)
Category: General Novel
ISBN: Terbaik Untukmu-Atas Lantai Takdir
File Size: 0.00 MB
Format: EPUB (e-book)
DRM: Applied (Requires eSentral Reader App)
(price excluding 0% GST)

Sinopsis

Terbaik Untukmu Masalah keluarga memaksa Juita mengorbankan usia remajanya membantu ibunya, Kak Jah di gerai nasi lemak miliknya. Pertemuan dengan Muhamad Asyraf a.k.a Kebeng, pelanggan tetap di gerainya membibitkan rasa cinta. Kebeng menyimpan hasrat untuk menjadikan Juita miliknya yang sah. Dalam diam Juita juga menaruh hati kepada Kebeng. “Rasailah kehadiran saya seperti angin yang bertiup. Tidak nampak di mata, tetapi dinginnya terasa hingga ke tulang.” - Kebeng “Rasa ini selalu hadir untukmu. Sesuatu yang mungkin kau takkan pernah tahu.” - Juita Kehadiran Faiz, teman sejak sekolah rendah yang masih mengharapkan cintanya yang ditagih sejak sekian lama disambut Juita. Kenakalan Faiz sering menyakitkan hati Juita yang tidak pernah menyimpan perasaan walau sekelumit pun terhadap lelaki itu. Faiz suka memanggil Juita dengan gelaran Comel menambahkan perasaan benci Juita terhadapnya. Atas Lantai Takdir Nik Anum dan Zulfikar berjanji sehidup semati. Namun perpisahan jua yang terjadi. Atas pilihan keluarga, Nik Anum berkahwin dengan lelaki yang tidak pernah dicintainya. Zulfikar pula membawa diri lalu mengakhiri kekecewaannya dengan mengahwini Shamira, wanita yang berkarisma dan berkaliber. Untuk mengubat hati yang lara, Zulfikar mengenangkan saat indah bersama Nik Anum di Pantai Bisikan Bayu. Biarlah dia dikatakan gila dan disampuk hantu laut oleh Shamira, dia tetap akan ke situ. Permintaan isterinya supaya dia melupakan pantai itu tidak mungkin tertunai. Hanya itu kenangan yang tinggal untuknya selepas berpisah dengan Nik Anum. Hanya angin, ombak dan mentari senja yang mampu menenangkan jiwanya.

Reviews

Write your review

Recommended