Oh! My Hubby Mr. Dentist by Bunga Amani

Oh! My Hubby Mr. Dentist by Bunga Amani from  in  category
Privacy Policy
Read using
(price excluding 0% GST)
Author: Bunga Amani
Category: General Novel
ISBN: 978-967-406-253-8
File Size: 1.44 MB
Format: EPUB (e-book)
DRM: Applied (Requires eSentral Reader App)
(price excluding 0% GST)

Sinopsis

MAWAR… Sungguh takdir itu telah ditentukan oleh Tuhan. Begitu juga dengan takdir Mawar. Hubungan yang terbina selama empat tahun musnah begitu sahaja. Bukan dia yang meminta tapi itulah yang tersurat untuk takdirnya. Kerana rimas dengan gangguan kekasih lama, Mawar menerima jodoh yang diatur oleh ibu bapanya. Dia pasrah dan ikhlas menerima jodoh itu. Mungkin itulah lelaki yang telah ditakdirkan oleh Allah untuk dirinya walaupun dia langsung tidak mengenali lelaki tersebut. MEGAT MIZWAR… Doktor muda yang tenang dan pendiam. Tidak romantik tapi cemburunya dalam diam. Dia menerima Mawar sebagai bidadari siang dan malamnya. Dia tahu apabila lafaz sakinah sudah disahkan, maka Mawar adalah tanggungjawabnya. Biarpun lambat namun dia akan berusaha mencintai Mawar. “Sayang, abang ni manusia biasa yang kadang-kadang salah dalam membuat keputusan dan pilihan. Jika suatu hari Allah mahu menguji kita dengan ujian yang lebih berat, abang mohon pada Mawar bantulah abang. Jangan biarkan abang rebah dan kalah. Cukuplah sekali abang dah buat salah.” - MEGAT MIZWAR. “Mawar harap abang tak mudah tengadah nanti. Kalau ada perkara tak terduga terjadi dan abang buat keputusan yang sama seperti dulu, waktu tu abang jangan harap nak jumpa Mawar lagi.” - MAWAR. Bukan mudah bagi Mawar dan Megat Mizwar hendak menggapai bahagia. Saat mereka merasakan pernikahan itulah penutup kepada masalah hubungan terdahulu, satu demi satu ujian menimpa pasangan itu. Adakah Mawar mampu mempertahankan mahligainya daripada digoncang tangan-tangan yang punya hasad terhadapnya? Adakah benar Megat Mizwar mencintai Mawar sedangkan hatinya tidak mempercayai isterinya itu?

Reviews

Write your review

Recommended