SIRI SYARAHAN UMUM ~ RUMPUN MELAYU: TEORI MIGRASI DAN DIASPORA

SIRI SYARAHAN UMUM ~ RUMPUN MELAYU: TEORI MIGRASI DAN DIASPORA

RM 12.99

ISBN:

978-967-0393-65-0

Categories:

General Academics
History
General Novel

File Size

3.95 MB

Format

epub

Language

BM
Favorite (1)

Synopsis

SYARAHAN UMUM ini mengemukakan hujah-hujah yang menolak teori besar Heine-Geldern dan lain-lain yang menyatakan “Melayu berasal dari Yunnan-Selatan Negeri China”. Bersandarkan kepada beberapa dapatan kajian arkeologi, antropologi, linguistik dan terbaru antropologi perubatan (kaedah mtDNA), dirumuskan bahawa moyang kepada rumpun atau ras Melayu (berkulit ciku masak) telah tiba di Benua Sunda (Alam Melayu) sejak 74,000-60,000 S.M., lebih awal daripada ketibaan ras Mongoloid (berkulit kuning) di benua China, pada sekitar 60,000-45,000 S.M. Migrasi moyang Melayu-Polinesia adalah secara terus dari Asia Barat atau Utara Afrika. Bahagian kedua Syarahan ini mengemukakan secara perbandingan ciri-ciri umum Melayu diaspora yang terdapat di Sri Lanka, Afrika Selatan, Australia dan Arab Saudi dengan merumuskan bahawa Melayu Cape berperanan utama mengasas serta menyebarkan Islam di Afrika Selatan.