Hikari Ainori by Rnysa

Hikari Ainori by Rnysa from  in  category
Read using
(price excluding 0% GST)
Title: Hikari Ainori
Author: Rnysa
Category: General Novel
ISBN: 978-967-5118-45-0
File Size: 1.01 MB
Format: EPUB (e-book)
DRM: Applied (Requires eSentral Reader App)
(price excluding 0% GST)

Sinopsis

Cerita ini mengisahkan tentang mereka yang sedang mencari cahaya hidup. Hazelina, seorang arkitek muda yang baru menerima hidayah Allah. Meskipun lahir dalam keluarga Islam yang berpegang teguh pada ajaran agama, pegangan Hazelina rapuh kerana terpengaruh dengan kata-kata rakan Jepunnya. Sekembalinya ke Malaysia dan bekerja di An-Nur Architecture, Hazelina kembali menjadi seorang Muslim yang menurut perintah agama. Namun dia selalu merasakan hidupnya kosong dan amal ibadatnya masih tidak sempurna. Hazelina sudah bertunang dengan Rafique Mukminin. Pertunangan yang diaturkan oleh keluarga mereka. Namun kedua-duanya masih kaku antara satu sama lain. Rafique pula pernah mempunyai kekasih hati iaitu Adriena Ayuni sewaktu dia menuntut di Amerika Syarikat pada suatu masa dulu. Adriena Ayuni gagal menghabiskan pengajiannya di atas masalah akademik dan biasiswanya telah dihentikan oleh pihak penaja. Balik dari Amerika Syarikat dia terus menyambung pengajiannya dalam bidang avionik di sebuah universiti swasta tempatan. Namun pelajar cemerlang itu kembali dirundung duka apabila disahkan menghidap penyakit skizofrenia. Hazelina pergi ke Langkawi kerana ada pertemuan dengan klien. Perjalanan dengan menaiki Kereta Api Ekspres Langkawi menemukan Hazelina dengan Rayyan. Disangkanya lelaki dengan rambut kuning emas itu orang Jepun, rupa-rupanya Rayyan adalah Umar yang pernah Hazel kenal suatu masa dulu di atas Kereta api Shinkansen Hikari di stesen Hiroshima. Sewaktu Hazelina di Langkawi, Rafique ditakdirkan bertemu semula dengan Adriena Ayuni. Setelah pertemuan semula dengan Adriena, Rafique terfikir untuk memutuskan hubungannya dengan Hazelina. Rafique juga mula berubah mendekatkan diri dengan Tuhan setelah melihat Adriena Ayuni juga berusaha berubah menjadi seorang yang lebih baik. Hazelina, Rafique, Adriena dan Rayyan bertemu semula di majlis perkahwinan Luqman. Konflik mula timbul dalam diri mereka.

Reviews

The Love Ride of Hikari
by Aina Mohd Shukri on April 15, 2017

Kisah 4 insan yang bertemu cinta Pencipta Cinta dalam mencari cinta.

Write your review

Recommended