Memahami Asas Usul Fiqh

Memahami Asas Usul Fiqh

RM 5.00

ISBN:

978-967-11212-3-8

Categories:

General Academics
Islam

File Size

0.11 MB

Format

epub

Language

BM
Favorite (0)

Synopsis

Ini adalah huraian terhadap muqaddimah Usul Fiqh yang ditulis oleh. Dr. Ali Juma’ah, mantan mufti Kerajaan Mesir. Saya menulisnya bertujuan untuk memberikan gambaran mudah sekiranya terdapat kesamaran di dalam teks yang telah diterjemahkan sebelum ini. Semoga Allah swt memberikan taufiq-Nya kepada saya untuk menghuraikannya secara ringkas dan mudah supaya ia memberi manfaat kepada sidang pembaca. Pada permulaan muqaddimah ini, Dr. Ali Juma’ah menyatakan bahawa ilmu Usul Fiqh merupakan metodologi penyelidikan ilmiah di sisi umat Islam. Usul Fiqh jika diterjemahkan secara literal, ia membawa maksud ‘dalil-dalil Fiqh.’ Boleh juga diterjemahkan sebagai dasar-dasar Fiqh atau asas-asas kefahaman. Ilmu ini dinamakan sedemikian dengan menggunakan lafaz jamak pada kalimah ‘Usul’ bukannya lafaz tunggal, kerana ia mengandungi tiga perbahasan utama. Perbahasan-perbahasan ini menjadikan lafaz jamak (plural) lebih tepat untuk digunakan sebagai nama bagi ilmu ini. Ini kerana ilmu Usul Fiqh membahaskan dalil-dalil yang digunakan oleh ilmu Fiqh yang merupakan sumber pengambilan hukum-hakam syarak. Ini merupakan perbahasan pertama iaitu mengenal pasti sumber-sumber penyelidikan. Setelah sumber-sumber itu dikenal pasti, maka berlaku pula proses kedua bagi mengenal pasti kaedah untuk menggunakan sumber-sumber tersebut. Ia tidak terhenti setakat itu sahaja. Ilmu ini turut membahaskan siapakah yang memiliki autoriti untuk menjalankan penyelidikan bagi mengenal pasti kaedah penggunaan sumber-sumber berkenaan. Kriteria-kriteria individu yang layak itu menjadi perbahasan penting disebabkan penyelidikan terhadap sumber-sumber tersebut tidak boleh dilakukan sewenang-wenangnya kerana ia boleh memberi kesan yang besar terhadap kesucian dan kemurnian Islam.