Segalanya Cinta by Izza Aripin

Segalanya Cinta by Izza Aripin from  in  category
Privacy Policy
Read using
(price excluding 0% GST)
Author: Izza Aripin
Category: Romance
ISBN: 978-967-1137-60-4
File Size: 0.93 MB
Format: EPUB (e-book)
DRM: Applied (Requires eSentral Reader App)
(price excluding 0% GST)

Sinopsis

Kisah bermula dengan cinta tidak berbalas antara Arissa dan Izhan sewaktu di universiti. Lantaran kecewa kerana tidak menerima sebarang respons daripada Izhan, Arissa telah membawa dirinya sekali gus mengasingkan diri daripada rakan-rakan seperjuangannya yang lain. Setelah berjaya membina semula keyakinan diri akibat kecewa cinta tak berbalas, Arissa bertemu dengan Daniel dan mengikat tali pertunangan. Saat bahagia yang dirasainya tergugat oleh kehadiran Daim. Daim yang tidak mengerti telah mengembalikan memori luka Arissa dan cuba mendamaikan gadis itu dengan Izhan. Kehadiran Daim juga telah menyebabkan Arissa terpaksa berhadapan semula dengan mimpi ngerinya dan kenyataan lampau yang telah lama dinafikannya. Malah luka Arissa bertambah parah apabila Izhan muncul menagih simpati. Daniel pula seakan merelakan. Tersepit dengan konflik ini, satu musibah berlaku menambahkan kepahitan dalam hidup Arissa. Keyakinan yang dibinanya selama ini hancur berkecai. Di luar pengetahuannya Daniel telah mengikat satu janji bersama Izhan. Janji yang membuatkan Izhan serba-salah dan rasa bersalah. Mampukah Izhan menunaikan janji Daniel? Adakah Arissa sudah bersedia memilih pilihan yang hanya tinggal satu? Jawapannya ada dalam Segalanya Cinta.

Reviews

Write your review

Recommended