Siri Indahnya Bahasaku - Simpulan Bahasa

Siri Indahnya Bahasaku - Simpulan Bahasa

RM 7.00

ISBN:

978-983-852-671-5

Categories:

Language & Dictionary
Children

File Size

8.49 MB

Format

epub

Language

BM
Favorite (0)

Synopsis

Keindahan seni sastera tradisi seperti simpulan bahasa yang halus perlu diperkenalkan kepada kanak-kanak sejak kecil dengan mengambil contoh mudah sambil belajar membaca. Simpulan bahasa dibentuk daripada dua atau tiga perkataan menjadi satu ungkapan yang padat. Walaupun ringkas, tetapi membawa makna yang tajam dan khusus. Ungkapan itu mengambil perbandingan alam keliling. Dalam buku ini, dipaparkan simpulan bahasa yang mengambil perbandingan daripada haiwan dan anggota badan seperti kaki, tangan lidah, hati, dan lain-lain. Contoh 1 : Ajak-ajak ayam Maksud : Mempelawa dengan tidak bersungguh-sungguh. Contoh 2 : Mulut tempayan Maksud : Orang yang tidak boleh menyimpan rahsia. Buku ini berkonsepkan serampang dua mata iaitu memperkenalkan simpulan bahasa, mengenali objek, serta berlatih membaca mengikut suku kata. Akar tradisi bangsa harus diterapkan sejak rebung dengan harapan mereka ada pegangan asas budaya kita supaya tidak hanyut dibawa arus globalisasi. Oleh itu, penulis berharap dengan terhasilnya buku kecil ini dapatlah menjadi panduan bagi kanak-kanak sekarang. ñ Khadijah Hashim