Wangian Syurga Dalam Cintamu

Wangian Syurga Dalam Cintamu

Free

ISBN:

ws

Categories:

General Novel

File Size

0.11 MB

Format

epub

Language

BM

Release Year

2013
Favorite (5)

Synopsis

Cinta mereka, bukan cinta nafsu nafsi, atau sekadar cinta sepasang manusia yang saling jatuh hati. Bukan juga cinta insan yang takut bersendiri mengharungi hari. Cinta mereka, adalah cinta yang wujud kerana cintakan Penciptanya, yang hadir kerana mengagumi keindahan ciptaan Tuhannya dan terbit dari rasa keinsafan melihat ketinggian cinta kepada Khaliqnya. Cinta mereka, berjalan di atas landasan jihad, melangkah di atas laluan taqwa dan bernaung di bawah rahmat serta keredhaan Pemiliknya. Cinta mereka, adalah cinta manusia biasa yang ada khilaf untuk diteladani, ada kasih yang hanya Allah sahaja yang dapat membatasi, dan ada pasrah menerima ketentuan Ilahi. Cinta mereka, ada yang diakhiri bahagia, ada juga yang diakhiri air mata. Cinta mereka bukan kisah dongeng cinta barat yang berakhir di jinjang pelamin, tetapi kisah cinta asli islami yang berawal dengan akad pernikahan. Apa yang pasti, ada wangian syurga dalam cinta merekaÖ wangian yang mahu dikongsi bersama.