array(5) {
  ["library"]=>
  string(6) "0.0000"
  ["result"]=>
  string(6) "0.0314"
  ["book"]=>
  string(6) "0.0050"
  ["slice"]=>
  string(6) "0.0000"
  ["all"]=>
  string(6) "0.0364"
}
Zahrah de Tigris | Khairyn Othman | Jemari Seni Sdn. Bhd. | 978-967-0508-72-6 | E-Sentral Ebook Portal

Zahrah de Tigris by Khairyn Othman

Zahrah de Tigris by Khairyn Othman from  in  category
Read using
(price excluding 0% GST)
Author: Khairyn Othman
Category: General Novel
ISBN: 978-967-0508-72-6
File Size: 0.85 MB
Format: EPUB (e-book)
DRM: Applied (Requires eSentral Reader App)
(price excluding 0% GST)

Synopsis

Nisa pasrah menerokai sebuah kota yang pernah menjadi puncak peradaban Islam suatu waktu dulu. Kota Baghdad yang pernah terkenal dari maghrib ke masyrik itu sedang berantakan: dihamburi mortar dan peluru. Cerita pilu, Kota Negeri Seribu Satu Malam itu menjadi Kota Ngeri Seribu Satu Malam. Menjadi guru dan penterjemah, membuatnya mudah memahami budaya orang-orang di Lembah Tigris. Begitu sudah di situ lain pula ujiannya; dia terpaksa keraskan jiwa, kuatkan semangat tetapi perlahan-lahan hati perempuannya diketuk jua. Namun cinta mereka tak mungkin bersatu kerana Doktor Patrick Devereux, seorang ateis. Hanya kerana secebis cinta, tidak mungkin dia gadaikan agama yang dijunjung.

Reviews

Bukan Buku Cinta Semata-mata
by NOR LIANA BINTI KAMARUZZAMAN on April 07, 2017

Sekiranya anda mahu membacanya demi sebuah kisah cinta, batalkanlah niat itu. Mungkin kerana lakaran muka hadapan bertemakan merah jambu memberi illusi itu. Mungkin juga kerana nama Patrick Deveraux yang mengusik hati Nisa yang ditera dalam sinopsis membuatkan anda berfikir demikian. Tetapi sebenarnya tidak. Kisah ini lebih mengupas mengenai kesedaran seorang anak bongsu yang secara sukarela berkhidmat sebagai guru di negara yang dilanda peperangan. Mengenai perasaan serba salahnya kerana berdepan tentangan keluarga (pada awalnya), mengenai perjuangannya demi anak-anak yang memerlukan pendidikan. Mengenai seorang Muslimah yang berdepan dengan dugaan, dari segi keinginan untuk hidup, keinginan untuk berkhidmat, serta kehendak hati yang tertarik kepada seseorang yang tidak disangka. Ya, barangkali ia memang kisah cinta, tetapi bukan sekadar kisah cinta seorang lelaki dan wanita, tetapi cinta akan agama dan Dia juga. Keistimewaan buku ini di mana perwatakan watak utama dalam kisah ini bukan seperti yang biasa. Penggayan cerita juga berselang-seli, ada daripada perspektifnya sendiri dalam bentuk blog, ada dari perspektif pihak ketiga. Membaca buku ini, bagaikan membaca buku mengenai mereka yang berkelana juga. Ini adalah buku pertama yang saya beli online, dan saya tidak merasa rugi langsung. Bahkan, ini mungkin antara kisah yang saya amat teruja seandainya diadaptasi menjadi filem. Kisahnya mengingatkan saya mengenai salah satu filem Malaysia bertajuk Qaisy dan Laila.

Write your review

Recommended