RNA Bukan Pengekod Protein (sRNA): Pengenalpastian, Fungsi dan Aplikasi

RNA Bukan Pengekod Protein (sRNA): Pengenalpastian, Fungsi dan Aplikasi

RM 8.00

ISBN:

978-967-461-246-7

Categories:

General Academics
Science

File Size

6.56 MB

Format

epub

Language

BM

Release Year

2018
Favorite (0)

Synopsis

RNA merupakan satu daripada makromolekul biologi utama dalam sel. Traskriptom dalam sel terdiri daripada RNA bukan pengekod protein (RNA Kelas I) dan RNA pengekod protein (RNA Kelas II). RNA bukan pengekod protein bakteria biasanya berada di julat antara 20 ke 300 nukleotida, dan kebiasaannya dikenali sebagai "RNA kecik" (sRNA). sRNA memainkan pelbagai peranan pengawalaturan selular termasuk replikasi DNA, transkripsi, translasi, respons kepada tekanan persekitaran, metabolisme karbon, virulens serta kestabilan "RNA pengutus" (mRNA). SRNA mengawal sasaran mRNA melalui pembentukan pasangan bes nekleotida dalam interaksi secara cis dan trans-, sRNA juga berfungsi melalui interaksi bersama protein, membentuk ribnukleoprotein (RNP). Ceramah ini akan memberi pengenalan berkenaan sRNA, ciri sRNA, lokasi penempatan dan mekanisme pengawalaturan. Kaedah untuk mengenal pasti sRNA juga akan dibincangkan. Pengenalpastian dan pencirian sRNA dalam patogen boleh meningkatkan pemahaman tentang patofisiologi penyakit berjangkit serta potensi sebagai pengantara kepatogenan. Tumpuan akan diberikan kepada aplikasi serta potensi sRNA dalam diagnosis untuk mengesan patogen secara spesifik.