Dhiya Zulaikha

Dhiya Zulaikha

RM 9.99

ISBN:

9781311440136

Categories:

General Novel

File Size

1.55 MB

Format

epub

Language

BM
Favorite (1)

Synopsis

Tidak pernah tahu dengan siapa cinta itu akan bertaut. Namun bukan semua
elok dipandang dan direstu. Perbezaan umur dan taraf hidup dijadikan
jurang yang besar menuntut kepastian. Walaupun Izan Ezany tidak pernah
cuba mengingati seseorang bernama ‘kawan’, tetapi pada Dhiya
Zulaikha, cinta pertama adalah cinta sejatinya. Izan Ezany, playboy yang
tidak pernah gagal dalam mencairkan hati wanita. Dia menjadikan dadah
dan arak sahabat terbaik tatkala menemui jalan buntu.

Segala-galanya berubah dalam sekelip mata, ada yang cuba menerima dan
memahami, tetapi kebanyakan mereka lebih suka menuding jari dan
menggalaskan semua tanggungjawab ke bahunya. Satu-persatu hidup yang
jelas diragut menjadi satu mimpi ngeri yang tidak mahu menghilang. Dia
hanya mampu tersedar apabila segalanya telah terlalu lewat.

Namun bibit-bibit keinsafan masih wujud di dalam diri. Dia menjadi lebih tabah menghadapi sebuah hakikat yang tidak boleh diubah, bersama satu-satunya insan yang meletakkan kepercayaan pada dirinya. Kebahagiaan yang digenggam hanya seketika bila adik lelakinya, Fariz Ezany menyimpan perasaan kepada perempuan yang dia paling sayang. Bila diri sendiri disahkan mengidap kanser darah, bila adik perempuannya Ziana tidak mahu melihat ada bahagia yang wujud di dalam hidupnya, Izan Ezany mengambil keputusan untuk mengundur diri.

Mungkinkah Dhiya Zulaikha dapat memahami dan menerima keputusan lelaki yang dicintai sejak kecil lagi?
Adakah Dhiya Zulaikha sudi
menerima Fariz sebagai suaminya?
Adakah segalanya akan berakhir setelah
Izan Ezany mengorbankan seluruh kehidupan sendiri?
Atau masih
ada ruang keampunan buat insan yang kerdil itu menggapai bahagia?
Benarkah hukuman mati itu ditakdirkan untuknya demi membayar dosa masa silam itu?....

disclaimer : tentang isu anak angkat. Keluarga Dato Ridzhuan sangat kaya. Kenapa boleh anak angkat dinasabkan ke keluarga angkat, secara dramatik dan logik, sebab keluarga mereka adalah kaya, berdasarkan perjanjian orang dulu dulu antara keluarga makcik azrin dan puan marina, mengikut undang undang dahulu yang menjadikan duit sebagai perantaraan.
Harap memahami. ^^