Naira, si gadis garang dan selalu berwajah masam. Dia tidak percaya pada lelaki yang cuba mendekatinya. Semua tak ikhlas dan suka ambil kesempatan. Lelaki yang mengaku mencintainya separuh mati pun akan pergi bila tahu dia banyak tanggung beban hutang keluarga. Nampak sangat tak bersungguh menyayangi dia, tak mahu susah bersama.
Tiba-tiba muncul lelaki berperangai hantu ganggu hidup Naira. Iqbal Raid namanya. Raid seronok untuk tawan hati Naira yang muka macam jeruk, ego dan sombong itu. Macam-macam cara Raid cuba untuk berbaik-baik dengan Naira.
“Terima kasih sebab prihatin pada saya. Tapi lain kali jangan menyibuk la, hantu!” - Naira
“Ops... Hati hantu ni degil. Nak juga kacau Cik Naira yang berwajah asam ni. Gelisah kalau tak tengok muka.” - Raid
“Sebab awak tu miring!” - Naira
Raid selalu ada bila Naira susah dan bermasalah. Dia sanggup buat apa saja, berkorban segalanya untuk Naira dan tidak lari seperti lelaki lain. Lama-lama Raid yang miring dan hantu itulah yang Naira rindu. Tidak mahu bercinta sebelum nikah, Naira setuju kahwin segera walau dibantah oleh abang kandung sendiri, Mirza.
Musim bulan madu berlalu dengan indah, baru terbongkar satu per satu rahsia Raid yang penuh misteri. Ketika itu, bolehkah Naira menerima Raid seadanya? Apakah kesudahan rumahtangga mereka? Terus bahagia atau sebaliknya?
Siapakah Iqbal Raid sebenarnya? Manusia biasa, hantu atau manusia sebaik malaikat? Temui jawapannya dalam LELAKI KIRIMAN TUHAN...
Reviews
Sweet
by testell on August 13, 2018
Even terlepas nak tngok drama adaptasi cerita ni. Still dah boleh bayang macam mana sweetnya cerita ni.... Huaa Sweet. Manis sampai potong kaki
Lelaki Kiriman Tuha
by norazwani boahari on August 24, 2018
Good
Lelaki Kiriman Tuhan
by Harina Hafid on October 08, 2018
Macam best
Menjiwai Cerita Sebenar..
by Msyatie Yatt on October 25, 2018
Baca novel ni seolah2 saya berada bersm dgn watak2 dalam LELAKI KIRIMAN TUHAN..Iqbal Raid seorg suami yg cukup sempurna buat Naira...Naira sngt bertuah...Tahniah dgn hasil penulisan yg berjaya menarik hati pembaca untuk menghayati jln cerita seolh2 cerita ni hdp di tonton di kaca tv...
Lelaki Kiriman Tuhan
by Fariha Mustapha on October 30, 2018
hi..korang yg layan citer Lelaki Kiriman Tuhan wajib bca novel ni taw...sbb imaginasi kita bca novel n layan citer mmg lain...hehehe...so selamat berimaginasi
Best sangat sangat
by Sheikha Echa Putri on November 08, 2018
just love Raid so much
Best!
by NUR JULIANA BINTI NAZARUDIN on December 13, 2018
Comment
Lelaki Kiriman Tuhan
by Mida Idris on January 14, 2019
Jalan cerita menarik lain dari typical novel
Lelaki Kiriman Tuhan
by Rahayu on January 19, 2019
Buku yang sangat menarik.sedikit sebanyak boleh dijadikan panduan juga untuk suami isteri.
Write your review
Wanna review this e-book? Please Sign in to start your review.
Dear publishers and self-publisher, kindly be informed that Book Capital & E-Sentral are now using the same publisher panel for your convenience in uploading and updating your eBook content.
If you wish to proceed to log in/ sign up, click Yes. Otherwise, kindly click the X icon to close.