array(5) {
  ["library"]=>
  string(6) "0.0000"
  ["result"]=>
  string(6) "0.0846"
  ["book"]=>
  string(6) "0.0050"
  ["slice"]=>
  string(6) "0.0000"
  ["all"]=>
  string(6) "0.0897"
}
Si Mata Bundar | Amany | Jemari Seni Sdn. Bhd. | 978-967-0851-75-4 | E-Sentral Ebook Portal

Si Mata Bundar by Amany

Si Mata Bundar by Amany from  in  category
Privacy Policy
Read using
(price excluding 0% GST)
Author: Amany
Category:
ISBN: 978-967-0851-75-4
File Size: 1.12 MB
Format: EPUB (e-book)
DRM: Applied (Requires eSentral Reader App)
(price excluding 0% GST)

Synopsis

Dania Iman dan Ahnaf Danial pernah kehilangan insan tersayang. Ahnaf kehilangan Aina dan Dania pula kehilangan Haikal. Takdir menemukan mereka apabila Ahnaf secara tidak sengaja bertembung dengan Dania hingga menyebabkan gadis itu terjatuh dan tapak tangannya berdarah. Pertemuan itu hanya sampai di situ sahaja. Ahnaf pernah mencari gadis itu, tapi agak mustahil untuknya bertemu lagi dengan seseorang yang hanya dia kenal bukan pada nama tetapi kerana anak matanya yang cantik. Hanya kerana itu juga, Ahnaf menggelarnya Hitomi; nama untuk anak perempuan yang matanya cantik. Lapan tahun berlalu, Ahnaf masih mengingati Hitomi. Takdir sekali lagi menemukan mereka di sebuah taman. Pertama kali melihat sisi gadis yang sedang duduk merenung langit malam yang gelap, Ahnaf terasa seperti deja vu. Saat itulah baru dia tersedar, gadis itu ialah Hitomi. Dia yang Ahnaf cari selama ini. Kerana suatu insiden, Dania bertemu semula dengan Ahnaf. Melihatkan wajah lelaki itu, ada sesuatu menyapa di dalam kepala Dania; muka lelaki itu macam dia pernah tengok. Tapi, sungguh dia tak ingat. Satu hari, mama Dania datang dengan khabar bahawa Aunty Siti ingin meminang Dania untuk anak lelakinya. Pada mulanya Dania mahu menolak, tapi apabila mengenangkan mama, nanny dan Danisha yang berharap sangat agar dia setuju, menyebabkan Iman terus bersetuju dan berkorban selain dia mahu melupakan arwah Haikal. Sepanjang tempoh bertunang, tak pernah sekali pun Dania bertemu dengan tunangnya. Rahsia Ahnaf, tunang Si Dania itu pula bocor apabila dia dipaksa umi supaya bertemu tunangannya untuk membincangkan hal perkahwinan mereka.

Reviews

Write your review

Recommended