TAMAN SENSORI UNTUK KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS

TAMAN SENSORI UNTUK KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS

RM 21.00

ISBN:

978-967-488-047-7

Categories:

General Academics
General Novel

File Size

3.93 MB

Format

epub

Language

BM

Release Year

2018
Favorite (0)

Synopsis

Taman Sensori untuk Kanak-Kanak Berkeperluan Khas, menyediakan kompilasi garis panduan yang berguna bagi mereka bentuk taman sensori untuk kanak-kanak berkeperluan khas. Kompilasi ini berguna bukan sahaja kepada pereka bentuk alam bina malah juga kepada pembuat dasar serta komuniti. Di samping itu, pembaca disajikan dengan contoh-contoh bagaimana ruang dalam taman ini boleh direka bentuk sesuai untuk kegunaan kanak-kanak berkeperluan khas serta penjaga mereka. Buku ini dicernakan daripada kajian kedoktoran Dr. Hazreena yang meneliti reka bentuk dan penggunaan taman sensori di dua sekolah khas di United Kingdom. Kajian tersebut menilai zon fungsi taman sensori serta bagaimana taman sedemikian digunakan. Kajian sebegini masih belum banyak diterokai, malahan bukti empirikal pula terlalu sedikit dan begitu terpencar untuk menyumbang secara berkesan kepada pengetahuan dalam bidang seni taman. Justeru, buku ini adalah amat bermakna khususnya dalam menyingkap persoalan terbabit dengan mengambil kira keperluan kanak-kanak istimewa dalam reka bentuk taman.