REWIND

REWIND

RM 23.00

ISBN:

978-967-15974-4-6

Categories:

Romance
General Novel

File Size

0.41 MB

Format

epub

Language

BM

Release Year

2018
Favorite (0)

Synopsis

Tertekan dengan pelbagai dugaan yag tiba-tiba saja menimpa kehidupannya, membuatkan Anuar mahu mengambil jalan singkat dengan menggantung dirinya sendiri. Namun panggilan telefon daripada tunangnya, Ayu yang meminta supaya dia menyelamatkan gadis itu yang diculik membantutkan niat serongnya itu. Anuar dan Ayu adalah menifestasi kehidupan masyarakat kita yang ingin berkahwin, berkeluarga dan mempunyai sebuah kehidupan yang stabil. Tapi realitinya tidak seindah yang selalu kita baca di dalam novel-novel cinta. Konfliknya bukan konflik cinta remehan, ‘REWIND’ adalah konflik tentang perasaan seorang lelaki yang mendapat VSS dan hilang pekerjaan sehari selepas bertunang. Bermula saat itu dia mula hilang satu persatu harta yang selama ini dikumpulnya, termasuklah dia mula kehilangan tunangnya, Ayu. Kehadiran orang ketiga bernama Aqasyah pula tambah memburukkan lagi keadaan. Siapakah pula Aqasyah? Dia adalah lelaki yang mengalami masalah rumahtangga kerana dicurangi isterinya sendiri sebelum wanita itu terbunuh dalam satu kemalangan ngeri. Apakah kaitan antara Aqasyah dengan Ayu dan juga Anuar? Mampukah Anuar menyelamatkan pertunangan antara dia dan Ayu?¬ Persoalannya, macamana nak kahwin kalau tak ada kerja dan juga duit, sedangkan hantaran yang diminta keluarga perempuan pula berpuluh ribu ringgit?