Airil Vs Maira

Airil Vs Maira

RM 14.00

ISBN:

9789672035008

Categories:

General Novel
Romance

File Size

0.99 MB

Format

epub

Language

BM

Release Year

2018
Favorite (1)

Synopsis

Kerana dirimu seindah pelangi Tuhan, Dalam lebat hujan rela ku tunggu kau datang. Kerana cicak dan katak, Airil dan Maira menjadi musuh ketat yang sangat hebat. Hidup Airil tidak pernah aman dengan kehadiran Maira. Sehinggalah gadis gangster itu menjadikan dirinya tunang secara paksa. Sampai satu saat, Airil terpaksa mengaku yang dia juga turut sama mencintai Maira. Segalanya nampak indah sehinggalah menghampiri tarikh dua minggu perkahwinan mereka. Maira hilang dalam satu kisah yang sangat tragis. “ Mairaaa.” Dijerit nama tunangnya sekuat hati dalam tangisan yang menggila. “ Sabar Ril.” Zack peluk tubuh itu. Bersama air matanya yang juga lebat. Sekejap kemudian, Airil terkulai dalam pelukannnya. Lelaki itu pengsan. Dengan izin Tuhan, mereka diberi peluang kedua. Cinta kembali bersatu. Namun segalanya tak mudah dan tidak semuanya indah. Apa yang ditinggalkan, kembali mengejar tanpa mereka rela dan sedar. Berdepan dengan realiti, pahitnya melebihi fantasi. Kerana dendam, mereka mula dikejami. Kerana cinta, mereka berusaha menjahit luka yang terkoyak. Mampukah mereka cantum kembali sisa-sisa kasih yang dicarik? AIRIL VS MAIRA: Apa yang mereka perjuangkan…hanya yang mengerti mampu memahami. Dan…hanya yang memahami mampu merungkaikan segala persoalan.