Penanda Bio Protein

Penanda Bio Protein

RM 8.00

ISBN:

978-967-461-154-5

Categories:

General Academics
Science

File Size

6.54 MB

Format

epub

Language

BM

Release Year

2018
Favorite (0)

Synopsis

"Protein merupakan bahan yang berfungsi dalam sel yang mengawal aktiviti sel. Pengekspresi protein berubah dalam keadaan sel yang berbeza. Oleh itu, protein boleh digunakan sebagai penanda bio atau penunjuk yang sesuai. Dalam penyelidikan penulis, konsep perbezaan ekspresi protein telah digunakan sebagai penunjuk untuk menentukan keadaan penyakit, sumber gelatin dan juga nilai komersial tumbuhan herba di Malaysia. Kaedah pengekstraksi, pengasingan dan pengenalan protein yang berpandukan teknik-teknik elektroforesis dan spektrometer jisim telah digunakan untuk mengesan, menilai dan menentukan kepenggunaan setiap protein sebagai penanda bio. Penanda bioprotein telah dikenal pasti dalam penyakit kanser payudara. Protein-protein ini yang didapati pada tisu kanser payudara daripada pesakit kanser boleh dijadikan sasaran dalam terapi sasaran drug penyakit kanser. Hal ini adalah sesuai memandangkan ekspresi protein-protein tersebut terencat dalam tisu-tisu bukan kanser payudara. Kini, pengesanan penyakit batu ginjal dilakukan melalui kaedah radiografi, yang mana hanya dapat dilakukan oleh pegawai perubatan terlatih sahaja. Baru-baru ini, satu protein daripada air kencing telah dikenal pasti dapat digunakan untuk mengesan pembentukan batu ginjal. Penanda bioprotein ini telah digunakan dalam pembangunan kit diagnostik batang celup untuk mengesan penyakit batu ginjal. Penggunaannya masih dalam peringkat sah betul untuk menentukan kejituannya. Gelatin adalah agen pengegelan yang banyak digunakan dalam industri makanan dan ubat-ubatan. Gelatin boleh dihasilkan daripada pelbagai sumber, iaitu lembu, khinzir dan sayur-sayuran. Namun, adalah tidak mungkin sumber gelatin dapat dikenal pasti daripada bentuk luarannya. Penulis telah mengenal pasti penanda-penanda bio yang spesifik bagi setiap sumber gelatin dan menggunakan penanda-penanda tersebut untuk membangunkan satu kaedah yang jitu dan tepat dalam pengenalpastian sumber gelatin. Selain itu, tumbuhan herba juga digunakan dalam perubatan. Penulis telah menganalisis kandungan protein dalam tumbuh-tumbuhan herba dan mendapati terdapat protein-protein yang mempunyai nilai komersial sedia ada dalam tumbuhan herba di Malaysia. Protein-protein tersebut adalah komoditi yang amat berharga jika dapat dieksploitasi secara besar-besaran."