Penzahiran Amalan Profesional di Farmasi-Farmasi Komuniti

Penzahiran Amalan Profesional di Farmasi-Farmasi Komuniti

RM 8.00

ISBN:

978-967-461-155-2

Categories:

General Academics
Science

File Size

6.72 MB

Format

epub

Language

BM

Release Year

2018
Favorite (0)

Synopsis

"Secara global, peranan ahli-ahli farmasi telah mengalami transformasi hebat dalam tempoh dua dekad yang lalu. Amalan-amalan farmasi telah beralih arah daripada hanya berfokus pada penyediaan dan formulasi ubat-ubatan kepada penyampaian informasi ubat dan penjagaan pesakit. Perkembangan ini berlaku setelah konsep dan falsafah penjagaan farmaseutikal diperkenalkan pada tahun 1990 sebagai visi dan misi bagi profesion farmasi. Konsep tersebut menghuraikan tentang sumbangan ahli farmasi terhadap penjagaan pesakit untuk mengoptimumkan penggunaan ubat bagi meningkatkan hasil kesihatan. Sehubungan itu, pihak WHO telah menghuraikan ciri-ciri murni yang dikenali sebagai seven star pharmacist bagi menyediakan ahli-ahli farmasi sebagai seorang profesional kesihatan yang mantap. Walaupun angin perubahan ini bertiup kencang, namun ia tidak mampu mengangkat amalanamalan farmasi komuniti di negara ini ke tahap yang membanggakan. Ramai mempunyai persepsi bahawa amalan farmasi komuniti di negara ini tidak profesional yang hanya mementingkan perniagaan. Terlebih parah lagi apabila hak pendispensan telah dinafikan sejak sekian lamanya. Hal ini memberikan tamparan hebat pada amalan farmasi komuniti kerana ketiadaan hak tersebut akan mengehadkan amalan-amalan profesional dalam proses membekalkan penjagaan farmaseutikal kepada pesakit-pesakit. Sememangnya, hal ini mencakupi serta melibatkan percaturan politik dan sosiobudaya masyarakat tempatan. Walaupun tanpa hak pendispensan ubat, hakikatnya, seorang ahli farmasi perlu memenuhi keperluan pesakit terhadap ubat-ubatan dan bersedia untuk bertanggungjawab melaksanakan amanah itu. Justeru, ahli-ahli farmasi komuniti mempunyai peranan penting untuk merealisasikan konsep penjagaan farmaseutikal terutama sekali bagi mereka yang mengalami masalah kesihatan ringan yang memerlukan sediaan ubat tanpa preskripsi. Melihat pada iklim tempatan yang masih bertembung antara perniagaan dan penjagaan pesakit, serta perlu menangani perkara-perkara yang boleh membantut perkembangan amalan profesional, ahli-ahli farmasi perlu dibekalkan dengan suatu kaedah dan pendekatan mudah bagi melakukan kaunseling dan konsultasi swapengubatan kepada pesakit dan pelanggan yang mengalami masalah kesihatan ringan. Di sini, aspek penting adalah untuk membuat keputusan cepat sama ada merawat, tidak merawat, atau merujuk pesakit kepada profesional kesihatan lain. Keupayaan membuat keputusan itu dipanggil sebagai proses triaging. Suatu rangka kerja yang dipanggil STARZ-DRP telah digubal iaitu suatu mnemonik untuk melakukan triage di farmasi komuniti. Perlu ditegaskan bahawa STARZ-DRP bukan merupakan suatu alat diagnostik mahupun protokol rawatan, ia semata-mata suatu proses pemikiran yang bersepadu bagi membantu ahli-ahli farmasi komuniti membezakan antara kesihatan ringan dengan penyakit utama. Suatu projek demonstrasi telah dilakukan bagi melihat keupayaannya dalam keadaan klinikal. Sejumlah 1,253 pesakit terlibat dalam projek tersebut yang dibahagikan kepada dua kumpulan, iaitu kumpulan intervensi dan kumpulan kawalan. Hasil kajian menunjukkan bahawa masalah berkaitan ubat (drug-related problem, DRP) sangat ketara dalam kalangan pesakit yang mengadu masalah kesihatan ringan. Kesimpulannya, STARZ-DRP ialah suatu kaedah mudah dan cepat yang berupaya membantu ahli-ahli farmasi komuniti membuat triaging decision serta membina komunikasi langsung dengan ahli-ahli profesional kesihatan lain."