Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di Makmal

Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di Makmal

ISBN:

9789670922454

Categories:

General Academics

File Size

3.76 MB

Format

epub

Language

BM
Favorite (0)

Synopsis

Aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan di makmal perlu diberi tumpuan khusus bagi mengelakkan kemalangan yang merugikan majikan dan pekerja. Kesedaran terhadap kepentingan keselamatan dan kesihatan pekerjaan dapat mengurangkan kemalangan di makmal. Buku ini menerangkan kaedah bagaimana mewujudkan aspek keselamatan, kesihatan dan kebajikan di dalam makmal melalui pelaksanaan program keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang berkesan dan pengetahuan tentang aspek undang-undang keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Pengetahuan berkaitan aspek undang-undang keselamatan, kesihatan dan kebajikan di kalangan majikan dan pekerja di tempat kerja penting pada masa kini. Majikan dan pekerja seharusnya mengetahui undang-undang terutamanya yang berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan pekerjaan dan pengurusan bahan kimia di makmal seperti Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, dan Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005. Buku ini sesuai sebagai panduan pelajar institusi pengajian tinggi dan juga memenuhi keperluan pekerja dan majikan terutama yang terlibat dalam pengurusan keselamatan dan kesihatan di makmal.