Peranan Lubab Al-Hadith dalam Karya Hadis di Alam Melayu

Peranan Lubab Al-Hadith dalam Karya Hadis di Alam Melayu

RM 11.99

ISBN:

978-967-440-074-3

Categories:

General Academics
Autobiography,Biography & Memoirs
Islam

File Size

12.58 MB

Format

epub

Language

BM

Release Year

2019
Favorite (0)

Synopsis

Buku ini membincangkan isu penting berkaitan perkembangan ilmu hadis dalam kalangan masyarakat Islam di Alam Melayu sebelum abad ke-20. Secara khasnya, pendekatan sejarah-sosial digunakan bagi merekonstruksi kronologi dan kerangka pemikiran keagamaan masyarakat Melayu berdasarkan karya hadis bertajuk Lubab al-Hadith dan ulasannya oleh dua orang ulama besar Alam Melayu abad ke-19 iaitu Syeikh Nawawi Banten dan Syeikh Wan Ali Kutan Kelantan. Buku yang julung kalinya membincangkan isu penting ini bertujuan memenuhi kelompangan ilmu yang terdapat dalam sejarah keagamaan di Alam Melayu pada zaman pramoden dalam gaya bahasa, persembahan dan kandungan ilmiah yang mudah, ringkas dan berasaskan penyelidikan sejumlah manuskrip dan sumber langka yang berkaitan yang tersimpan di dalam dan luar negara. Pembacanya disasarkan daripada kalangan khalayak umum, ilmuwan, pelajar dan sesiapa sahaja yang berminat dan ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai sejarah perkembangan ilmu hadis di Alam Melayu dengan lebih mendalam. Diharapkan buku ini dapat dikongsi dan dimanfaatkan oleh masyarakat dengan sebaik-baiknya demi kepentingan agama, bangsa dan negara.