array(5) {
  ["library"]=>
  string(6) "0.0000"
  ["result"]=>
  string(6) "0.0046"
  ["book"]=>
  string(6) "0.0026"
  ["slice"]=>
  string(6) "0.0000"
  ["all"]=>
  string(6) "0.0072"
}
Fasad | Adnil Zaff | Lovenovel Enterprise | 978-967-15574-4-0 | E-Sentral Ebook Portal

Fasad by Adnil Zaff

Fasad by Adnil Zaff from  in  category
Privacy Policy
Read using
(price excluding 0% GST)
Title: Fasad
Author: Adnil Zaff
Category: Romance
ISBN: 978-967-15574-4-0
File Size: 1.84 MB
Format: EPUB (e-book)
DRM: Applied (Requires eSentral Reader App)
(price excluding 0% GST)

Synopsis

Nurul Jannah... Gadis yang dibesarkan daripada keluarga yang kuat pegangan agama dan taat kepada kedua ibu bapanya. Keinginan Malik yang seusia bapanya untuk menjadikan dia isteri ke-4 tidak mudah diterima ayahnya, Arif Buhler biarpun setinggi mana kobaran api cinta dalam hati Nurul Jannah. Namun penentangan si ayah menggoncangkan keharmonian. Perubahan Jannah bersebab. Demi cinta, dia seolah-olah telah menjadi buta mata hati. Rupa-rupanya, cinta antara Malik dan Jannah cinta dusta. Namun jalan untuk kembali sembuh bukannya mudah. Bermulalah episod keluarga itu diganggu oleh serangan syaitan. Rayland... Dia sudah lama jatuh hati dengan Nurul Jannah. Bagaikan mimpi apabila dia dikahwinkan dengan gadis itu. Sayangnya belum pun setahun menikah, perkahwinan yang dibina atas landasan ukhuwah itu diduga. Tanpa sedar Rayland hanyut semula ke dalam kehidupan lama sehingga rumah tangga mereka berantakan. Rayland tidak sedar perbuatan demi perbuatannya telah membawa kerosakan kepada hubungannya dengan sang isteri. Sehingga Nurul Jannah meminta untuk berpisah. Namun di celahan konflik rumah tangga yang sedang memuncak, Rayland tiba-tiba dihadiahkan semula dengan hakikat tentang siapa dirinya dan asal usulnya. Dia tersedar. Keteguhan cintanya kepada Nurul Jannah tidak sehebat kisah cinta tragis ibu dan ayahnya. Rayland cuba untuk mengembalikan kebahagiaannya dengan Nurul Jannah semula. Namun rajuk dalam hati isterinya juga bukan pura-pura. Berjayakah lelaki itu memujuk sekeping hati yang sudah kerap dilanda badai? Selembut manakah hati wanita yang dinikahi Rayland itu? Fasad! Kisah ini tentang kerosakan tiga serangkai. Iman, akhlak dan kemanusiaan. Hanya hamba yang tidak terputus pergantungannya dengan Allah mampu melepasinya. Dan Allah tidak mencintai fasad. (Surah Al Baqarah Ayat 205)

Reviews

Write your review

Recommended