Mek Siah

Mek Siah

RM 25.00

ISBN:

978-967-406-278-1

Categories:

General Novel

File Size

1.08 MB

Format

epub

Language

BM

Release Year

2019
Favorite (3)

Synopsis

Tiga tahun terlantar sakit dan nazak tetap tidak memutuskan nyawa Mek Siah. Dalam keadaan tubuh yang tinggal tulang, Mek Siah masih mempertahan apa yang dimilikinya. Dia merasakan dirinya masih muda dan kuat. Tidak mahu berpisah dengan apa yang menghuni tubuhnya. Pada waktu yang sama penyesalan demi penyesalan di atas keterlanjuran waktu silam sering menghantui. Dalam keadaan yang semakin lemah, Mek Siah mahu mencari pewaris untuk pendamping yang sudah sekian lama berkhidmat untuknya. “Cepatlah sembuh, mak. Hanum tak daya dah. Hanum bukan bencikan mak, tapi keadaan mak selalu buat Hanum tertekan. Mak tak kesiankan Hanum ke?” – HANUM Tiga tahun juga Hanum menjaga Mek Siah dengan sabar. Biarpun dia hanya seorang menantu, namun dia lebih tahu apa yang ditanggung oleh ibu mentuanya. Baginya, Mek Siah bukan lagi ibu mentuanya. Ada sesuatu yang menghuni jasadnya. Hanum seringkali berhadapan dengan perkara yang pelik dan menyeramkan. Tanpa sedar, dirinya sedang diperhatikan oleh sepasang mata yang tidak kelihatan jasadnya. Darah Hanum yang manis turut menjadi idaman Mek Siah. Antara rela dan paksa, Hanum bersetuju mewarisi apa yang menjadi milik Mek Siah. “Tak boleh tidak, Saad. Esok aku kena ‘kerjakan’ Mek Siah. Entahlah, susah aku nak jelaskan. Tapi aku terbau mayat.” – HAJI LAMIN Tidak disangka, kisah puluhan tahun yang lalu terpaksa dibongkar. Haji Lamin sabar mencari jawapan bagi setiap persoalan. Dia dapat melihat api dendam dalam diri Mek Siah. Dia melakukan semuanya atas rasa ihsan dan demi mengenangkan persahabatannya dengan suami Mek Siah, Daud. Tekad Haji Lamin, keadaan Mek Siah harus dipulihkan. Tidak mengira sama ada dalam keadaan hidup atau pun mati. Apakah kesudahan kisah hidup Mek Siah? Pasti akan mengejutkan anda!