My Mister Nadhim Amir

My Mister Nadhim Amir

ISBN:

97896716710-2-3

Categories:

General Novel
Romance
Wedding

File Size

0.69 MB

Format

epub

Language

BM
Favorite (1)

Synopsis

Lily Qasrina, gadis berusia 27 tahun yang tertutup pintu hatinya berpunca dari kematian tunang tersayang. Ramai jejaka kampung yang mencuba nasib. Namun, satu pun tidak dilayan termasuklah si perokok tegar, Anuar. Muncul Nadhim Amir yang baru tiba dari kota, Lily terpaksa berdepan dengan lelaki itu di atas kerja yang diamanahkan. Geram sungguh hatinya apabila encik bos suka mengarah. Tugasnya pula bagai seorang isteri. Keperluan Nadhim serba-serbi perlu dijaga. Nadhim, seorang lelaki selekeh dengan wajah berjambang, mula berubah penampilan selepas berkenalan dengan Lily. Amboi… ada apa-apa ke? Hubungannya dengan Lily yang disalaherti, membuatkan Nadhim mengambil keputusan menyunting gadis kampung itu. Di awalnya, tidak timbul rasa cinta. Lama-kelamaan, kedua-duanya dah pandai rindu merindu dan saling jaga menjaga. Satu rahsia mula terbongkar dengan kemunculan Jasmin. Siapa Jasmin? Ah, ada saja pengacau! Jasmin adalah bekas tunang Nadhim yang hilang ingatan. Munculnya Jasmin, membuatkan kehidupan Nadhim dan Lily jadi haru biru. Tapi, semuanya kembali normal apabila Jasmin jatuh hati pada abang Lily, Lutfi Hadi si jejaka kampung yang hot dan berkulit tanned. Apa pengakhiran kisah kedua-dua pasangan yang kelam kabut dan sentiasa ribut ini? Jom ikuti kisah mereka!