Dia Yang Bernama Adam
RM 16.00
ISBN:
9789672035114
Categories:
General Novel
Romance
File Size
1.75 MB
Format
epub
Language
BM
Release Year
2019
Favorite (0)
Author
Dilla AhmadSynopsis
Adam sayangkan Nur Balkis sejak dia mula mengenali makna cinta dan mengetahui sepupunya itu bukan ada apa-apa pertalian darah dengannya. Walau Nur Balkis menganggap dia lagi tua daripada Adam dan patut dipanggil Kak Akis, Adam buat tak kesah aje.
Rasa cintanya kepada Nur Balkis dihalang oleh mamanya iaitu mak ngah Balkis. Lalu Nur Balkis cuba menjauh dan bertunangan dengan Hariz, bekas bosnya. Mungkin dengan cara itu saja dia dapat melupakan Adam. Namun, pertunangan mereka tak lama bila Balkis memutuskan pertunangan itu sebab Hariz menjalinkan hubungan dengan kawan baik Balkis sendiri, Adira.
Adam pula telah dijodohkan oleh mamanya dengan seorang model, Aqilah. Atas sebab-sebab tertentu pertunangan itu diputuskan oleh Adam. Adam cuba mendekati Balkis semula. Hubungan baik dan mesra itu tidak disenangi oleh mak ngah Balkis.
Lalu Adam membawa diri jauh dari keluarga. Balkis juga membawa hati yang lara dan terpaksa melukakan hati Adam sekali lagi bila memikirkan perasaan mak ngahnya.
"Apa yang awak buat ni lagi melukakan hati saya, Nur Balkis. Semua ... yang awak lakukan dulu melukakan hati saya. Awak langsung tak mahu memahami perasaan saya..."- ADAM
Demi rasa cinta yang mendalam, Adam sanggup mempertahankan perasaannya. Untuk Nur Balkis, dia sanggup berdepan dengan apa saja dugaan.
"Kalau dah sayang, apa nak ditakutkan? Saya akan sentiasa bersama awak, Nur Balkis!"- ADAM