Cucu Lanun

Cucu Lanun

RM 16.00

ISBN:

9789672035183

Categories:

General Novel
Romance

File Size

1.36 MB

Format

epub

Language

BM

Release Year

2019
Favorite (0)

Synopsis

Dua lelaki. Seorang tua dan seorang lagi muda. Yang tua bergelar datuk. Punya kuasa dan kedudukan. Yang muda bergelar cucu. Mata keranjang dan tukang menghabiskan harta keturunan. Kedua-duanya tidak serasi bila seringkali berjumpa. Tapi ada sesuatu yang membuat mereka perlu bekerjasama dalam satu masa. “Ingat, kamu balik ke sini bukan untuk enjoy-enjoy. Ada tugas penting yang perlu kamu selesaikan.” – Tuan John Tugas? Penting ke? Diletak pula dalam kehidupan yang cukup daif. Tinggal dirumah usang pusaka nenek moyangnya sendiri. Dalam susah-susah, berkenan pula nak memikat anak jiran depan rumah. Dia lincah. Dia juga lasak. Kerja sebagai tukang cuci memang enjoy berbanding jadi pelukis fashion dibutik kakak sendiri. Masalahnya, dia tak minat. Mana boleh dipaksa-paksa. Berdepan pula lelaki yang terlebih vitamin macam Naz Amsyar. Bertambah kusut kepala Zaf. Namun, gara-gara 5 ribu, Zaf hampir jadi mangsa gadaian ‘Along’. Dan penyelamatnya, Encik Jiran a.k.a Naz Amsyar. “Kau nak buat apa?” “Kita kahwin?” Ingatkan kahwin selesai masalah, rupanya tambah masalah. Sudahlah duduk asing-asing. Malam-malam Naz Amsyar jadi orang minyak masuk ikut tingkap mengintai isteri sendiri. Itu tak termasuk lagi bila Zaf tukar jawatan jadi driver orang kaya. Sehinggalah terbongkar rahsia yang Naz Amsyar adalah cucu Tuan John. Ngilu hati Zaf dibuatnya. Si datuk dengan kuasanya, si cucu pula berlagak kasanova. Tak cukup satu perempuan, sekali empat dikautnya. Setiap orang ada gelarannya. Yang pertama, G.pinjam, kedua G.gedik, ketiga G.kucing, dan yang keempat G.mangkuk tingkat. Bila 4G sudah menyerang, Naz Amsyar jadi tidak senang duduk. “G tu apa?”- Zaf “Gundeklah.”- Naz Bila Naz Amsyar terperangkap dengan masalah 4G, Zaf terpaksa jalankan misi Mak Jemah vogue dengan lelaki itu. Semuanya gara-gara sayang. Tapi mampukah Zaf menyelesaikan misi menghapuskan 4G, Naz Amsyar? Dan bagaimana dengan Naz Amsyar bila diberi dua syarat dari Tuan John. Jika dia ingkar, ada habuan menantinya. Jika diturutkan, akan ada ganjaran terbaik untuk seorang Naz Amsyar. Berjaya atau tidak cucu lanun ini mendapatkan apa yang dia mahu? Ikuti kisah mereka sehingga ke titik akhir.