Kehebatan Al-Fatihah: Bukti Kemukjizatan Al-Quran

Kehebatan Al-Fatihah: Bukti Kemukjizatan Al-Quran

RM 46.00

ISBN:

978-983-52-1602-2

Categories:

General Academics
Religion
Islam

File Size

10.12 MB

Format

epub

Language

BM

Release Year

2019
Favorite (2)

Synopsis

"Surah al-Fatihah mengandungi tujuh ayat kesemuanya. Surah ini diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w ketika baginda masih berada di Makkah dan sebelum umat Islam berhijrah ke Madinah. Nama-nama lain bagi al-Fatihah ialah al-Solat (Sembahyang), al-Hamdu (Pujian), Fatihah al-Kitab (Pembuka Kitab al-Quran), Ummu al-Kitab (Ibu Kitab), Ummu al-Quran (Ibu al-Quran), al-Mathani (Surah Yang Diulang-ulang), al-Quran al-Azim (al-Quran Yang Agung), al-Syifa (Penyembuhan), al-Ruqyah (Ruqyah), al-Asas (Asas), al- Wafiah (Sempurna), dan al-Kafiyah (Cukup). Kandungan al-Fatihah ini bermula dengan aspek tauhid (keimanan). Isi kandungannya berlegar pada paksi tauhid yang menjelaskan kesempurnaan dan keagungan sifat-sifat Allah. Lantaran itu, segala puji, doa, hajat, dan ibadah sewajarnya ditujukan hanya kepada Allah tanpa disekutukan dengan selain-Nya. Al-Fatihah menjelaskan bahawa meskipun Allah S.W.T merupakan satu-satunya Pencipta, Pemilik, dan Penguasa terhadap alam semesta keseluruhannya termasuk alam ghaib dan alam syahadah, namun Allah tetap bersifat Pencipta yang Rahman dan Rahim. Walau bagaimanapun, Allah mengingatkan bahawa Ia juga merupakan Penguasa pada hari pembalasan nanti ketika setiap amalan manusia akan dipertanggungjawab dan diberikan ganjarannya secara adil. Hanya mereka yang mendapat hidayah-Nya dengan istiqamah pada jalan-Nya yang lurus akan memperoleh kebahagiaan di dunia dan akhirat. Di samping itu, mereka dituntut supaya menjauhi jalan umat manusia terdahulu yang dikatakan telah dimurkai Allah kerana ingkar akan kebenaran, serta jalan golongan umat manusia yang telah sesat kerana menyeleweng daripada kebenaran. Jelas sekali al-Fatihah mengandung asas ajaran Islam yang sangat penting bersifat universal, inklusif, dan merupakan hidayah sepanjang masa."