Nusantara daripada Pelbagai Perspektif Kearifan Tempatan

Nusantara daripada Pelbagai Perspektif Kearifan Tempatan

RM 25.00

ISBN:

978-967-461-171-2

Categories:

General Academics
Classics
History

File Size

12.22 MB

Format

epub

Language

BM

Release Year

2019
Favorite (0)

Synopsis

Buku ini telah merangkumkan ilmu kearifan tempatan yang ditekuni dalam wilayah Nusantara daripada pelbagai perspektif dalam usaha untuk melestarikan ilmu kearifan tempatan. Buku yang mengandungi lapan buah makalah ini membahaskan ilmu kearifan tempatan dalam pelbagai disiplin ilmu termasuk aspek arkeologi, sejarah, antropologi, sosiologi, warisan dan sebagainya. Aspek kepelbagaian khazanah dilihat bertemu sebagai khazanah kearifan tempatan dalam pelbagai budaya serantau di Nusantara. Perbincangan turut menyentuh tentang migrasi orang asli Kuala (Duano), perbahasan tentang cangkerang moluska sebagai perhiasan badan dan diet masyarakat Zaman Logam. Turut dibincangkan tentang etnik Kadazandusun dan budayanya. Penggunaan sumber asli dan kearifan tempatan di Kampung Telok Melano dan Kampung Telok Serabang turut membabitkan aspek seperti sosiobudaya, seni bina dan sejarah. Sementara di Nusantara, perbincangan menjurus kepada seni bina Masjid Agung Banten yang jelas memaparkan ilmu kearifan tempatan. Selain itu, kearifan memanfaatkan sumber hutan juga dibincangkan yang melibatkan masyarakat Jahai. Penemuan arkeologi di Lembah Bujang juga dibincangkan sebagai antara lokasi peradaban terawal manusia di Nusantara. Akhir sekali, naskhah ini turut memaparkan tentang sejarah pedalangan wayang Melayu sebagai salah satu khazanah kearifan tempatan di Nusantara.