Seronoknya Pengajian Tinggi: Pembelajaran Terbuka dan Jarak Jauh

Seronoknya Pengajian Tinggi: Pembelajaran Terbuka dan Jarak Jauh

RM 58.00

ISBN:

978-967-461-312-9

Categories:

Motivation
General Academics
Lifestyle

File Size

10.43 MB

Format

epub

Language

BM

Release Year

2019
Favorite (0)

Synopsis

Dunia berubah selari dengan perkembangan dan kemajuan teknologi. Maka kita juga perlu berubah, untuk mengimbangi dan menyesuaikan dengan perubahan yang sedang berjalan dengan pantas sekali. Dalam konteks tersebut, buku ini ditulis berdasarkan kepada premis pendidikan jarak jauh dan pembelajaran dalam talian yang mengupas persoalan-persoalan yang berikut: ü Apakah konsep dan teori dalam pembelajaran terbuka dan jarak jauh (PTJJ)? ü Apakah pengalaman institusi pengajian tinggi terbuka dan jarak jauh dalam pembangunan kurikulum dan objek pembelajaran? ü Bagaimanakah proses pelaksanaannya? ü Apakah cabaran-cabaran yang menjadi faktor kejayaan kritikalnya? ü Adakah kualiti pelajarnya sama seperti pelajar penuh masa bertatap muka secara fizikal dalam kampus? Pelajar juga didedahkan kepada sejarah, kos dan jaminan kualiti, yang akan membantu mereka dalam pemilihan institusi pengajian tinggi (IPT) pemberi pendidikan tinggi, program yang diakreditasi dan kos yang terlibat. Selain itu, amalan baik sistem penyampaian pendidik jarak jauh membolehkan mereka mendidik pelajar jarak jauh mengikuti pengajian dengan selesa dan yang diharapkan, serta luwes dalam pengendaliannya sebagai pemudah cara yang baik dan disukai oleh pelajar. Buku ini ditulis sebagai panduan kepada mereka yang baru terlibat dengan PTJJ, khasnya untuk pelajar (dan calon pelajar); pendidik jarak jauh, iaitu pengurus kursus/pengajar; dan pengurus/pentadbir IPT. Diharapkan anda hanya mengambil iktibar, yang mana sesuai dengan perkembangan semasa untuk dijadikan panduan dalam pengurusan kursus dan program jarak jauh.