array(5) {
  ["library"]=>
  string(6) "0.0000"
  ["result"]=>
  string(6) "0.0062"
  ["book"]=>
  string(6) "0.0100"
  ["slice"]=>
  string(6) "0.0000"
  ["all"]=>
  string(6) "0.0161"
}
Mamat tak ada Perasaan | Farra Farisha | Faradah Binti Abu Bakar | 978-967-17476-1-2 | E-Sentral Ebook Portal

Mamat tak ada Perasaan by Farra Farisha

Mamat tak ada Perasaan by Farra Farisha from  in  category
Privacy Policy
Read using
(price excluding 0% GST)
Author: Farra Farisha
Category: Romance
ISBN: 978-967-17476-1-2
File Size: 1.89 MB
Format: EPUB (e-book)
DRM: Applied (Requires eSentral Reader App)
(price excluding 0% GST)

Synopsis

Sinopsis Mamat tak ada Perasaan. Ali Imran senyumannya terlalu berharga untuk dilihat. Kata kata yang keluar dari mulutnya selalu ikut tekak sendiri tanpa memikirkan perasaan orang lain. Dia seorang yang ego dan berlagak serta tidak pernah tunduk pada sesiapa. Dia seorang perfectionists dan menjadi kebanggaan pada sesiapa yang melihatnya. Dia seorang yang dingin dan tidak mudah jatuh cinta pada sesiapa. Amalia Maisarah lepasan degree sains senibina tapi nasib tidak selalu berpihak kepadanya. Gadis bernasib malang itu menjadi pembantu rumah kepada Ali Imran dalam keadaan terpaksa setelah gagal mendapat pekerjaan. Berhadapan dengan manusia cerewet dan sombong tiada siapa yang sanggup tapi demi sesuap nasi Amalia Maisarah terpaksa terima. “Masakkan aku lauk lain. Aku tak suka makanan berlemak dan berminyak ni. Nanti tak pasal pasal aku dapat kolestrol dan sakit jantung”. Ayat Imran yang membuatkan aku panas hati dan terasa teringin mencekik lehernya hingga tak bernafas. Hanya satu malam sahaja segala yang dibanggakan selama ini musnah dan hilang sekelip mata. Ali Imran dituduh merogol orang gajinya sendiri Amalia Maisarah. Demi menutup maruah keluarganya dia dipaksa berkahwin dengan Amalia Maisarah. Hanya kerana maruah yang sudah tercalar Ali Imran bertindak menghalau isterinya keluar dari rumah selepas dia meragut maruah isterinya. “Dah….dah kau tak payahlah nak buat muka kesihan dengan aku. Aku nak lepas ni kau keluar dari rumah aku dan jangan sesekali datang sini lagi. Aku tak sanggup nak jumpa orang yang sanggup khianat kat aku. Now i don’t care you get out from my house lagi pun aku dah dapat hak aku. Lepas ni kau boleh buat apa yang kau suka”. Kerana tidak mahu dijodohkan dengan wanita pilihan mamanya Ali Imran berusaha mencari jejak isterinya yang telah hilang. Setelah bertemu dengan isterinya semula Imran terpaksa berhadapan dengan Daniel yang juga mempunyai perasaan terhadap isterinya. Tergugat dengan semua itu Ali Imran cuba memenangi hati isterinya semula walaupun agak sukar. Sekeras kerasnya kerak nasi akhirnya lembut juga dan Sarah akhirnya mampu menerima semula Imran dalam hidupnya dan melupakan segala rasa benci yang ada pada Imran. Ketika rumahtangga mereka berdua di ambang bahagia Sarah diuji lagi dengan ibu mertuanya yang memang setia membencinya semenjak daripada dia menjadi pembantu rumah Imran lagi. Tidak cukup dengan itu dia terpaksa berhadapan dengan tunang Imran pula yang cuba meraih kasih Imran darinya. Berhadapan dengan dugaan dalam rumah tangganya membuatkan Sarah kecewa namun bila melihat kesungguhan Imran untuk menyelamatkan rumahtangganya membuatkan Sarah terharu. Perasaan yang baru ingin bahagia tidak bertahan lama bila datang lagi badai yang melanda. Kali ini dugaan diterima Sarah cukup hebat kerana melibatkan maruah dirinya dan keluarga. Hatinya cukup berat untuk melepaskan Imran pergi dari sisinya tapi dia terpaksa agar semua orang bahagia. Kenapa rasa bahagia itu tidak kekal bersama denganku sampai bila bila dan hanya hadir buat seketika? Jika itu pengakhiran jodohnya dengan Imran dia pasrah walaupun hati tidak merelakan. “Abang lepaskan Sarah bukan sebab apa yang berlaku pada Sofea. Tapi abang lepaskan Sarah supaya Sarah boleh bahagia dengan orang yang Sarah sayang dan cinta. Cinta dan sayang Sarah bukan untuk abang tapi untuk Daniel. Bertuah Daniel sebab berjaya memiliki cinta dan kasih sayang Sarah”. Masihkah ada lagi jodoh buat Sarah dan Imran? Mampukah Sarah bahagia dengan Daniel selain daripada Imran?

Reviews

Write your review

Recommended