Dan Mimpi Bersatu

Dan Mimpi Bersatu

RM 21.00

ISBN:

978-967-11376-3-5

Categories:

Romance

File Size

1.16 MB

Format

epub

Language

BM

Release Year

2019
Favorite (1)

Synopsis

Anne Cinta pertama sewaktu zaman remaja yang terputus di pertengahan jalan bersambung semula selepas lima tahun berlalu. Lantas dia mengharapkan peluang kedua itu berakhir dengan kegembiraan. Malangnya fitnah yang berakhir dengan tragedi meragut segala kebahagiaan yang diimpikan. Dia mangsa pergolakan politik dan perebutan takhta. Tengku Iskandar Kematian bonda dan kekanda tercinta menjadikan dia pendendam. Misi mencari dalang yang ingin menghapuskan seluruh keturunannya menjadi agenda. Dalam kesungguhannya mencari pengkhianat, dia sendiri mengkhianati cintanya terhadap satu-satunya wanita yang telah memberikan inspirasi dan semangat untuk terus mencari kedamaian. Ayrin Akibat trauma yang dihadapi oleh ibunya, dia membesar tidak seperti gadis biasa. Sepanjang hidupnya dia tidak kenal sesiapa, tiada saudara mahupun rakan yang berkekalan. Dia seorang pengembara yang mengembara mencari erti kehidupan sehinggalah dia tiba di Milenium Perdana. Buat pertama kalinya, dia temui erti hidup dan bersedia untuk mempertahankannya meskipun mengkhianati ibunya sendiri. Zarul Hidupnya lengkap dan bahagia. Kasihnya mekar di Milenium Perdana. Namun tanggungjawab kepada keluarga dan negara memaksa dia mengorbankan segala-galanya. Dia terpaksa meninggalkan kehidupan yang dia kenal semata-mata mahu menjalankan tugasnya terhadap satu kehidupan yang begitu asing. Dalam kekeliruan, cinta yang sedang mekar rupa-rupanya tidak pernah jauh daripadanya.