Vampira: Hidupkan Cintaku

Vampira: Hidupkan Cintaku

RM 15.90

ISBN:

978-967-11376-2-8

Categories:

Romance

File Size

1.01 MB

Format

epub

Language

BM

Release Year

2019
Favorite (1)

Synopsis

Zarique dan Larissa merupakan pahlawan Nosferatu yang ditugaskan memburu Strigoi. Namun apabila rahsia silam Larissa terbongkar, dia terpaksa melarikan diri ke dunia lain dengan ditemani oleh Zarique. Kyra sama sekali tidak menduga yang dia mencintai seorang Vampira, musuh tradisi keturunannya. Lord Zarray yang tersihir dengan kecantikan Kyra telah meletakkan nyawa gadis itu dalam bahaya. Erzad yang ditugaskan menyiasat kejadian jenayah paranormal telah didatangi oleh Maeve, perempuan sihir yang penuh misteri dan tidak boleh dipercayai. Kemunculan Luna menyebabkan Zarique kehilangan Larissa, Lord Zarray terpisah daripada Kyra dan Erzad hilang ingatan. Demi menyelamatkan Larissa, mengembalikan Kyra, Zarique dan Lord Zarray terpaksa menggadai nyawa datang ke dunia manusia. Mereka bertemu dengan si licik Luna dan Erzad yang amnesia. Lalu bagaimanakah Zarique mahu menyelamatkan Larissa? Dapatkan Lord Zarray menemui Kyra semula? Berjayakah Erzad mendapat kembali ingatannya yang hilang? Dan Luna...siapakah dia sebenarnya? Luna, sekadar seorang kawan baharu yang licik dan berani. Larissa...nyawa, jiwa, cinta dan segala-galanya ~ Zarique