Syarat Yang Ke-3

Syarat Yang Ke-3

RM 25.50

ISBN:

9789671753729

Categories:

General Novel
Religion
Romance

File Size

17.26 MB

Format

epub

Language

BM

Release Year

2020
Favorite (58)

Synopsis

Perjalanan hidup seorang Nur Batrisya atau Syasya tak seindah yang dibayangkan. Akibat terdesak ingin menyelamatkan nyawa adik tercinta, dia memilih untuk menjual maruah diri. Dia tahu pekerjaan itu berdosa dan hina tetapi dia rasa itu sahaja cara yang dia ada kerana baginya Tuhan telah mengabaikannya. “Some time ago, just like you, I was a believer too. I prayed to God to make our life better. But somehow, I don’t understand why, God never listens to my prayer.” Orang Islam yang sepatutnya menjadi saudara di sekelilingnya hanya pandai melabel dan menghukum tanpa peduli apa yang dia sedang rasa dan alami. This is my life. Syasya’s life. And God, Muslims, don’t give a damn of what I need to go through in my life. So why bother trying so hard impressing them? Hafiz Shauqi, seorang lelaki yang sempurna. Dia punya rupa, harta dan juga bijaksana. Cuma satu yang kurang dalam hidupnya. Pegangan agama. Islam hanya sekadar nama, namun hidupnya bergelumang dosa. Putusnya pertunangan dengan Basyirah, gadis yang dipuja membuat kehidupan Hafiz Shauqi terasa kosong dan tak tentu arah. Kemalangan di satu malam, membuatkan kehidupan sempurna seorang Hafiz Shauqi berubah seratus lapan puluh darjah. Dan dia terus berputus asa dengan kehidupan. Ke Kota London, dua insan ini membawa hati yang luka dan di sini kisah mereka bermula. Pertama kali bertemu, hati kedua-duanya dah ditamu satu rasa. Namun, masing-masing punya rahsia silam sendiri yang mahu dikuburkan. Lalu wujudlah syarat yang ke-3. “Syarat ketiga?” “Syarat ketiga...” dia berhenti dan menolak badannya ke hadapan sedikit menghampirkan jarak antara mereka, “..don’t.ever.fall.in.love.with.me, Makcik.” Mampukah Syasya dan Hafiz patuh pada syarat yang ke-3?