Panduan Memborong di Vietnam
RM 11.90
ISBN:
978-967-369-196-8
Categories:
Business & Management
File Size
7.08 MB
Format
epub
Language
BM
Release Year
2013
Favorite (2)
Synopsis
Untung berganda:
Buku ini menyediakan panduan lengkap untuk para usahawan mengaut keuntungan berganda dan memborong pelbagai barangan berkualiti pada harga termurah.
Murah dan berkualiti:
Produk buatan Vietnam mempunyai pasaran dan permintaan tinggi di Malaysia. Produk-produknya berkualiti, memenuhi cita rasa tempatan, dan ditawarkan pada harga yang berpatutan. Buku ini menyenaraikan plaza-plaza borong yang membekalkan barangan berkualiti pada harga termurah.
Tip survival:
Orang yang tersesat di padang pasir sekalipun mampu hidup, inikan pula usahawan yang pergi memborong di Vietnam. Makanan halal, hotel yang murah, pengangkutan terbaik, teknik tawar-menawar, teknik mengesan penipuan, dan panduan memborong dihuraikan secara terperinci dalam buku ini.
Lengkap dan terperinci:
Panduan memborong dalam buku ini lengkap dengan lokasi plaza borong, lokasi restoren halal, panduan keselamatan, tip survival, dan strategi memborong bagi mendapatkan keuntungan yang maksimum.
Panduan dan teknik tambahan:
Teknik tawar-menawar dan mengambil hati peniaga Vietnam
Panduan memilih produk yang laris di pasaran
Panduan menghantar barangan ke Malaysia dengan cepat, murah, dan selamat
Panduan beribadah dalam kesibukan di plaza borong