DUDA BUAT SAFEERA by AYESHAH AMANI

DUDA BUAT SAFEERA by AYESHAH AMANI from  in  category
Privacy Policy
Read using
(price excluding 0% GST)
Author: AYESHAH AMANI
Category: General Novel
ISBN: 9789671843901
Publisher: Ayeshah Amani
File Size: 0.24 MB
Format: EPUB (e-book)
DRM: Applied (Requires eSentral Reader App)
(price excluding 0% GST)

Synopsis

Iman tak dapat diwarisi, Oleh seorang ayah dan ibu yang bertakwa, Begitu juga jika mempunyai seorang suami yang taat dengan suruhan agama. Safeera Nasreen. Batuan nilam dan mawar liar makna di sebalik nama cantik itu. Kecantikannya mampu memakukan setiap mata yang mendarat pada wajah dan tubuhnya. Meskipun dia dibesarkan dalam keluarga yang serba-serbi mengikut gaya hidup Islam yang sempurna, namun siapa sangka dia menyembunyikan diri di sebalik identiti itu. "Aku tidak sealim yang kau sangka. Isa. Aku ini hanya menyorok di sebalik watak yang engkau lihat selama ini. Jujurnya, aku penat jadi hipokrit." – SAFEERA NASREEN Kemunculan seorang duda berdarah Arab-Pakistan yang merupakan abang angkat kepada abangnya merupakan titik permulaan cerita mereka. Dan siapa sangka lelaki itu merupakan pensyarah barunya juga di universiti. "Aku akan pastikan lelaki itu menjadi wilayah takhlukanku. Aku akan kuasai dan kunci dia sekemasnya. Jika aku tak boleh dapat dia, orang lain pun tak boleh dapat dia. Titik!" – SAFEERA NASREEN Disebabkan kelicikan Safeera, akhirnya Isa Khan jatuh dalam genggamannya. Namun, perkahwinan itu asalnya memerlukan niat yang suci tetapi menjadi sebaliknya tatkala hawa nafsu membelenggu diri. "Saya boleh kan uruskan makan pakai awak? Macam isteri lain buat..." – SAFEERA NASREEN "Engkau kahwin dengan aku Safeera, ikhlas ke? Bukan kau mahukan tubuh aku sahaja ke? Jangan risau, aku takkan sentuh seinci pun kulit tubuh kau. Kalau kau rasa ikhlas nak urus makan pakai aku, buatlah. Mungkin kau mahu mengumpul pahala disebabkan kau kini sudah dibuang keluarga." – ISA KHAN Apabila dua manusia berbeza darjat di sisi Tuhan mereka, bersatu dalam sebuah perkahwinan yang tidak dirancang, mampukah ia bertahan? Dan kepada Safeera, adakah perkahwinan itu akan membawanya kembali semula kepada jalan yang benar?

Reviews

Write your review

Recommended