Memecah Cermin Mimpi

Memecah Cermin Mimpi

RM 30.00

ISBN:

e978-967-17457-3-1

Categories:

Motivation

File Size

2.31 MB

Format

epub

Language

BM

Release Year

2020
Favorite (0)

Synopsis

[10:39, 22/10/2020] Jamalludin Helmi HASHIM: MEMECAH CERMIN MIMPI menghimpunkan pengajaran dari sebuah perjalanan hidup seorang pemuda kampung dari Kemaman Terengganu. Dia menjunjung sebuah harapan keluarga generasi nya yang diolah menjadi sebuah cita-cita. Sempat keliru dengan kesamaan antara mimpi dan cita-cita – sehingga pengajian Diploma Pengurusan Perniagaan (Diploma In Business Studies – DBS) ITM Dungun Terengganu itu pun dihabiskan juga tetapi bersalut kekeliruan. Dia melangkah kembali ke kampus Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Bangi dengan niat dan iltizam yang berbeza, tanpa keliru. Ada sebuah kenikmatan apabila melalui perjalanan getir yang penuh iltizam dan kesungguhan. Selepas tiga tahun di UiTM Terengganu sebagai Pensyarah, dia ke UiTM Shah Alam untuk melangkah pula ke tangga Sarjana (Perakaunan). Destinasi akhir ialah selepas 6 tahun berjuang. Dia melangkah gagah ke majlis konvokesyen kali ke 28 (2012) di UIAM Gombak Selangor, untuk menerima segulung lagi ijazah yang dinamakan Ijazah Doktor Falsafah (Perakaunan). Rupanya yang didapatkan dari pentas itu hanya lah sehelai kertas kosong. Kekosongan itu lah yang diisi pada pasca PhD… “Ini adalah menifestasi dendam ku terhadap kemiskinan dan kebodohan: Ya - kemiskinan dan kebodohan - !”. Perjalanan menuju ke syurga adalah syurga itu sendiri. Memilih sebuah cita-cita yang paling dekat “di hati” dan berjuang untuk mencapai nya adalah sebuah perjalanan yang menyeronokan. Itu lah syurga. Pengorbanan dan pengabdian untuk sebuah cita-cita, sebenarnya adalah sebuah kehidupan itu sendiri biar betapapun deritanya, biar berapa besar pun korban nya. Manusia itu mulia hanya apabila dia menderita. Berani lah bermimpi, pecahkan lah cermin mimpi itu untuk menjadi sebuah cita-cita dan berkorban lah untuk nya, kerana yang penting bukan berapa besar cita-cita kita, tetapi berapa besar kita untuk cita-cita kita. Tanpa mimpi dan cita-cita, kita tak punya apa-apa alasan untuk terus hidup. Selamat membaca, semuga bermanfaat