UWAIZ, ENGKAU YANG AKU CINTA by ANITHSYA

UWAIZ, ENGKAU YANG AKU CINTA by ANITHSYA from  in  category
Privacy Policy
Read using
(price excluding 0% GST)
Author: ANITHSYA
ISBN: E978-9671832554
File Size: 1.21 MB
Format: EPUB (e-book)
DRM: Applied (Requires eSentral Reader App)
(price excluding 0% GST)

Synopsis

Uwaiz dilahirkan dalam keluarga yang cukup sempurna. Kedudukan, harta benda, kenamaan dan segala-galanya. Lantaran itu, dia tidak pernah merasai apa itu ‘kekurangan’. Zalikha ditawarkan dengan ganjaran besar untuk berkahwin dengan Uwaiz oleh keluarga lelaki itu. Tanpa ragu, dia menerima tawaran itu walaupun dia sedar penerimaan dan kedudukannya di hati Uwaiz. "Walaupun keluarga aku sanggup bantu keluarga kau sebab sukakan kau, tak bermakna aku pun sukakan kau. Ingat itu." – Uwaiz. Awal-awal lagi, Uwaiz telah membina tembok penghadang buat mereka berdua. Sekeras mana pun hati wanita, pasti akan tersentuh juga. Zalikha berjanji pada diri sendiri, dia tidak akan menyandarkan harapan buat Uwaiz walaupun setitik rasa... "Kau suka kat Uwaiz?" – Wana Soalan Wana membuahkan senyuman tawar di bibir Zalikha. Benarkah dia menyukai Uwaiz? "Tak ada masa aku nak suka dia." - Zalikha Zalikha tahu dia bukan Cinderella yang bertemu dengan putera raja romantis. Dia bertemu dengan Tengku Uwaiz Faraz! Lelaki yang memiliki segala-galanya. Lelaki yang tak akan pernah memandang orang susah sepertinya. Dalam diam, Zalikha memerhati. Memendam rasa. Bertingkah sendiri. Si suami cuma mampu dipuja dari jauh, bukan untuk dimiliki. Apatah lagi berkongsi rasa. Bagi Uwaiz, bersama dengan Zalikha, adakala jiwa lelakinya terjentik. Kedegilan dan sikap ‘berlagak kuat’ Zalikha membuat Uwaiz tercabar dan hilang arah. Benarkah Uwaiz bakal meninggalkan Zalikha seperti daun kering yang boleh disapu bila-bila masa? Dan berjayakah Zalikha memadam segala rindu buat lelaki itu setelah ‘urusannya’ selesai? “Abang tak izinkan sayang jumpa dia,” - Uwaiz “Kenapa tak boleh? Saya bukannya nak curang di belakang awak, macam apa yang awak buat sekarang ni. Saya cuma nak jumpa kawan baik saya.” - Zalikha "Slow sikit boleh tak suara tu? Kita kat public la.” - Uwaiz "Jadi awak takut ke kalau kita viral lepas ni? ‘Pasangan suami isteri bergaduh di kawasan awam.' Sedap pula title berita tu!” – Zalikha Antara dua hati, ternyata ada yang terluka... dan ada yang cemburu buta.

Reviews

Write your review

Recommended