Fenomena Keinggerisan Dalam Iklan Versi Terjemahan

Fenomena Keinggerisan Dalam Iklan Versi Terjemahan

RM 17.00

ISBN:

978-967-461-488-1

Categories:

General Academics
Lifestyle

File Size

8.75 MB

Format

epub

Language

BM

Release Year

2020
Favorite (1)

Synopsis

Fenomena perkataan asing yang memenuhi lembaran iklan tempatan sering kali menimbulkan kegusaran dalam kalangan pencinta bahasa kebangsaan. Timbul persoalan sama ada kebanjiran perkataan asing ini memperkaya atau merosakkan reputasi bahasa Melayu selaku bahasa medium periklanan. Oleh itu, Fenomena Keinggerisan dalam Iklan Versi Terjemahan menelusuri permasalahan sekitar isu keinggerisan dari perspektif penterjemahan. Keinggerisan dalam konteks ini diteroka dari aspek jenis-jenis kata pinjaman bahasa Inggeris yang terkandung dalam terjemahan iklan berbahasa Melayu serta struktur ayat yang bersifat keinggerisan. Perkaitan antara kata pinjaman, terjemahan dan iklan turut diperincikan bagi menjelaskan perhubungannya dengan fenomena keinggerisan. Selain itu, dampak isu keinggerisan dari sudut positif dan sebaliknya diperhalusi bagi memperlihatkan sumbangan penulisan ini kepada khazanah ilmu tempatan. Buku ini sesuai dijadikan bahan bacaan pelbagai pihak, sama ada ahli akademik, pengamal dalam industri mahupun sesiapa sahaja yang berminat dalam bidang bahasa dan terjemahan. Buku dengan harga mampu milik ini sememangnya berbaloi untuk dimiliki dan dinikmati bait penulisannya demi membudayakan generasi membaca yang berilmu.