NOTA BUAT CEMPAKA

NOTA BUAT CEMPAKA

RM 19.00

ISBN:

nota-buat-cempaka

Categories:

General Novel
Romance

File Size

1.31 MB

Format

epub

Language

BM

Release Year

2021
Favorite (10)

Author

Sophilea

Publisher

Intensmart

Synopsis

Drama Adaptasi TV1 - WATAK PELAKON

Eyka Farhana sebagai Cempaka Elina

Daler Yusof sebagai Dr Luqman

Allan Toh sebagai Dr Mathew

Hani Nazrina sebagai Dyja

Nadzmi Adhwa sebagai Fikry

SINOPSIS NOTA BUAT CEMPAKA Cempaka Elina yang bekerja sebagai jururawat mempunyai kekasih bernama Fikry. Walaupun hubungannya dengan Fikry ditentang keluarga, dia tetap memperjuangkan cintanya itu.

Bagaimanapun, Fikry memalukan Cempaka dan ahli keluarganya apabila tidak hadir pada majlis pernikahan mereka. Bagi membalas rasa malu yang ditimbulkan Cempaka, dia harus akur dengan permintaan ibu bapanya supaya bertunang dengan lelaki pilihan mereka iaitu Dr Lukman Haris. Walaupun sukar dia cuba bertahan demi menjaga air muka insan yang disayanginya.

Dalam pada itu, Dr. Luqman Harith yang dijodohkan dengan Cempaka Elina atas pilihan keluarganya sama seperti Cempaka. Rela dalam paksa. Hakikatnya dia sudah memiliki pilihan hati sendiri iaitu gadis bernama Dyja.

Hubungan mereka tidak semesra mana bila masing-masing terpaksa memendam rasa kerana tidak pernah mengenali sebelum ini. Luqman pada awalnya begitu ego kerana tak menunjukkan minat terhadap Cempaka.

Namun segalanya berubah dimana dia mula rasa tergugat dengan kehadiran pemuda dikenali sebagai Dr Mathew yang cuba berterusan untuk mendekati dan merebut cinta Cempaka daripanya yang sentiasa dingin.

Sementara itu Cempaka pula dalam diam merasakan dirinya sebagai orang ketiga kepada kisah cinta Luqman dengan kekasihnya Dyja. Pada masa sama Cempaka juga selalu mendapat nota-nota daripada seseorang yang tidak dikenali.

Dapatkah ikatan jodoh yang kuat meleburkan rasa ego dimiliki dalam diri Cempaka mahupun Dr. Luqman?