Tun Khalil Yaakob: Artist-Potraits and Images
RM 56.00
ISBN:
978-983-49-2192-7
Categories:
Art & Graphics
File Size
12.95 MB
Format
epub
Language
English
Release Year
2021
Favorite (60)
Author
Tun Mohd Khalil YaakobSynopsis
Tun Mohd. Khalil pemimpin negeri yang mempunyai minat yang sangat mendalam terhadap bidang seni lukis. Sehingga kini, beliau telah menghasilkan 80 buah catan dan lukisan. Sebahagian daripadanya dipamerkan di Galeri Seni Rakyat Melaka dan ada juga lukisan beliau yang dijadikan koleksi persendirian peminat seni. Tugas rasmi Tun Mohd. Khalil sebagai Yang di-Pertua Negeri juga tidak mengehadkan bakat semula jadi beliau untuk terus berkarya sehingga kini.
Buku lukisan Tun Khalil Yaakob: Artist – Potraits and Images diterbitkan bersempena dengan pembukaan semula Galeri Seni Rakyat Melaka yang telah diilhamkan oleh Tuan Yang Terutama Tun Mohd. Khalil Yaakob, Yang di-Pertua Negeri Melaka, selepas ditutup untuk dibaik pulih pada tahun 2017 dan 2018. Buat julung-julung kalinya, karya Tun Mohd. Khalil dipamerkan di galeri ini sebagai penghargaan atas penglibatan, sumbangan, dan peranan beliau yang begitu besar sekali terhadap perkembangan dunia seni visual Melaka sejak lebih sedekad yang lalu.