Mengurus Insan: Ibrah Peribahasa Melayu

Mengurus Insan: Ibrah Peribahasa Melayu

RM 31.00

ISBN:

978-967-251-053-6

Categories:

General Academics

File Size

0.86 MB

Format

epub

Language

BM

Release Year

2021
Favorite (10)

Synopsis

Kehadiran buku karya asli Mengurus Insan: Ibrah Peribahasa Melayu dalam pasaran adalah satu usaha untuk memberi gambaran bagaimana tugas mengurus insan amat berkait dengan perkembangan peribahasa Melayu. Insan merangkumi pelbagai lapisan masyarakat sama ada yang bekerja atau sebaliknya. Peribahasa pula ialah ayat atau kumpulan kata yang tetap susunannya yang mempunyai maksud tertentu seperti simpulan bahasa, perumpamaan, pepatah, bidalan, bandingan semacam dan seumpamanya. Ia bertujuan untuk memberi nasihat, pengajaran, teguran, sindiran dan seumpamanya. Persekitaran masa kini memperlihatkan bagaimana pelbagai isu yang diketengahkan oleh peribahasa Melayu boleh dikaitkan dengan insan dan kehidupan. Isu mendepani insan meliputi pelbagai aspek seperti psikologi, stres, ergonomik, keseimbangan kerja-keluarga, perubahan, kesetiaan, motivasi, kreativiti dan seumpamanya. Inilah antara inti pati utama yang cuba ditonjolkan oleh penulis dalam setiap peribahasa yang diutarakan dalam buku ini