Sherlock Holmes: Si Jahat Charles Augustus Milverton, Misteri Enam Napoleon, Tiga Pelajar yang Disyaki & Misteri Kaca Mata Keemasan - Edisi Bahasa Melayu

Sherlock Holmes: Si Jahat Charles Augustus Milverton, Misteri Enam Napoleon, Tiga Pelajar yang Disyaki & Misteri Kaca Mata Keemasan - Edisi Bahasa Melayu

RM 10.00

ISBN:

978-967-369-552-2

Categories:

Teen Novel
Children

File Size

0.46 MB

Format

epub

Language

BM

Release Year

2021
Favorite (1)

Synopsis

Si Jahat Charles Augustus Milverton Sherlock Holmes diupah oleh Lady Eva Blackwell untuk mendapatkan semula surat-suratnya daripada Charles Milverton, seorang pemeras ugut yang disifatkan Holmes sebagai orang paling keji di London. Bagaimanapun, urusan tawar-menawar antara mereka tidak berjaya, membuatkan Sherlock Holmes mengambil langkah drastik yang tidak pernah dilakukannya sebelum ini. Sanggupkah Sherlock Holmes menjadi penjenayah, semata-mata untuk mematahkan Charles Augustus Milverton, lelaki yang telah banyak memusnahkan kehidupan dalam tangannya? Misteri Enam Napoleon Inspektor Lestrade menceritakan kejadian pelik tentang seorang penjenayah yang menceroboh rumah dan kedai untuk memecahkan arca-arca kepala Napoleon. Dia mengesyaki adanya fanatik yang sangat membenci Napoleon. Namun, apabila perbuatan ini mula melibatkan kematian, Sherlock Holmes mula memandang serius kes itu dan ternyata ia bukanlah tindakan rawak seorang monomania! Tiga Pelajar yang Disyaki Hilton Soames, pensyarah St Luke’s College datang meminta bantuan Sherlock Holmes untuk mencari orang yang masuk ke biliknya dan membaca pruf kertas peperiksaan penting yang akan berlangsung keesokan hari. Biarpun kes kali ini tidak seberat misteri kecurian atau pembunuhan, namun Sherlock Holmes tetap bersemangat menyelesaikan misteri ini. Terdapat tiga pelajar yang disyaki, siapakah antara mereka yang melakukannya? Misteri Kaca Mata Keemasan Seorang pemuda budiman, pembantu kepada seorang profesor tua telah mati dibunuh. Kejadian ini telah memeningkan Inspektor Stanley Hopkins kerana tiada sebarang motif pembunuhan yang dapat ditimbulkan. Sepasang kaca mata letak berwarna emas dijumpai di dalam genggaman si mati. Sherlock Holmes mendapati ia dimiliki oleh seorang perempuan yang sangat rabun, dan mustahil perempuan itu dapat melarikan diri tanpa kaca mata itu setelah melakukan pembunuhan. Kenapa perempuan kurang upaya itu membunuh, dan bagaimana dia melarikan diri? Keempat-empat kisah ini telah dimuatkan dalam jilid The Return of Sherlock Holmes, yang pertama kali diterbitkan pada tahun 1905.