Kelembai: Ceritera Tidak Terhikayat

Kelembai: Ceritera Tidak Terhikayat

RM 80.00

ISBN:

978-967-13793-2-5

Categories:

Comics
History
Language & Dictionary

File Size

56.58 MB

Format

epub

Language

BM

Release Year

2021
Favorite (130)

Synopsis

Kelembai: Ceritera Tidak Terhikayat merupakan sebuah komik atau grafik novel yang berkonsepkan sastera visual dan bertemakan kisah adiwira. Diolah dan diadaptasi dari karya mitos atau dongeng yang sebenar, Kelembai mempunyai kuasa mampu menyentuh apa sahaja menjadi batu. Apa yang menarik, komik ini memasukkan elemen serta unsur sejarah Kesultanan Melayu Melaka sekitar tahun 1400. Secara tidak langsung pembaca dapat mempelajari serta menghayati sejarah, mitos, cerita rakyat serta lagenda di Malaysia. Ditambah pula dengan mutu bahasa yang menggunakan gaya bahasa sastera lama. Komik ini merupakan terbitan sendiri (self-publish) dan juga merupakan salah sebuah siri dari enam tajuk Ceritera Tidak Terhikayat yang masih dalam perancangan untuk pembikinan. Komik ini merupakan siri yang kedua manakala siri yang pertama ialah Badang: Ceritera Tidak Terhikayat yang telah diterbitkan pada 2015. Badang telah mendapat sokongan dari Indonesia melalui Akademi Samali, Jakarta. Kemudian, Singapura melalui Persatuan Filem Melayu Singapura. Akhir sekali iaitu Malaysia sendiri, menerusi Sasterawan Negara, Prof Dr Siti Zainon Ismail. Badang juga turut dibeli oleh Perpustakaan British melalui Datuk Dr. Annabel Teh Gallop yang merupakan Ketua Seksyen Asia Tenggara di sana.