BAHASA MANDARIN. (I) = 华语. 第一册 – EDISI KEDUA

BAHASA MANDARIN. (I) = 华语. 第一册 – EDISI KEDUA

ISBN:

978-967-2912-56-9

Categories:

General Academics
School Exercise
Language & Dictionary

File Size

9.31 MB

Format

epub

Language

BM
Favorite (114)

Synopsis

Buku teks Bahasa Mandarin I ini merupakan buku bahasa Mandarin tahap asas yang dihasilkan berdasarkan keperluan dan kehendak pelajar yang ingin mempelajari bahasa Mandarin sebagai bahasa asing. Dalam buku teks ini, pelajar akan dibekalkan dengan lebih kurang 202 perbendaharaan kata asas dan 153 perbendaharan kata tambahan dalam bahasa Mandarin. Perbendaharaan kata yang dirangkumi dalam buku teks ini adalah diselaraskan dengan perbendaharaan kata dalam ujian Hànyǔ Shuǐpíng Kǎoshì (HSK) supaya pelajar juga boleh mengambil ujian HSK dan mendapatkan sijil HSK dari negara China dengan berpandukan buku teks yang dihasilkan di tempatan ini. Buku teks ini terdiri daripada 10 bab. Setiap bab mengandungi latihan intensif untuk pelajar berlatih membaca, mendengar, menulis dan berkomunikasi. Sebelum bab 1, pelajar akan didedahkan kepada sistem fonetik bahasa Mandarin terlebih dahulu. Dalam bab pengenalan kepada sistem fonetik bahasa Mandarin ini, pelajar akan mempelajari tentang konsonan, vokal, nada, formula perletakan nada dan perubahan kelangsingan nada dalam bahasa Mandarin supaya mereka dapat menguasai asas cara sebutan dalam bahasa Mandarin. Dalam bab 1 hingga bab 10, pelajar akan mempelajari tentang ucapan harian, cara memperkenalkan diri dan berkenalan dengan kawan, nombor, keluarga, tahun, bulan, hari bulan, hari, di mana dan buat apa. Kandungan kursus yang mudah dan sesuai dengan situasi tempatan akan dapat memberi pengukuhan bahasa kepada pelajar dalam menguasai empat kemahiran bahasa di tahap permulaan dan seterusnya dapat mengaplikasinya dalam situasi interaksi harian yang sebenar.