Sekularisme dan Proses Demokrasi di Turki

Sekularisme dan Proses Demokrasi di Turki

RM 75.00

ISBN:

978-983-100-768-6

Categories:

General Academics
History

File Size

107.97 MB

Format

epub

Language

BM

Release Year

2021
Favorite (7)

Synopsis

Dalam Pilihan Raya Parlimen Turki pada 7 Jun 2015, Adalet ve Kalkınma Partisi (AKP) atau Parti Keadilan dan Pembangunan berjaya memperoleh sebanyak 40 peratus undi popular dan kekal sebagai parti yang mendapat sokongan paling besar. Kemenangan ini membolehkan parti tersebut diperuntukkan sebanyak 158 kerusi daripada keseluruhan 550 kerusi dalam parlimen Turki. Walaupun AKP muncul sebagai parti yang paling tinggi mendapat undi, namun ini tidak mencukupi bagi pembentukan sebuah kerajaan secara bersendirian dan sekaligus menamatkan pemerintahan satu parti yang didominasikan oleh parti tersebut sejak tahun 2002. Walau bagaimanapun, tempoh selama 13 tahun AKP memerintah secara bersendirian telah berjaya merubah landskap politik Turki dan kehidupan sosial negara tersebut. Ini termasuklah menamatkan penglibatan tentera dalam politik, membenarkan pemakaian tudung kepala bagi kakitangan kerajaan serta pelajar universiti dan memacu kemajuan ekonomi ke arah menjadikan Turki negara maju menjelang tahun 2023. Di bawah pentadbiran AKP beberapa projek mega telah dilaksanakan, seperti pembinaan landasan kereta api laju, jambatan ketiga menyeberangi Selat Bosphorus dan lapangan terbang terbesar di dunia. Kejayaan yang dicapai oleh Turki di bawah kerajaan AKP ini disumbangkan oleh Recep Tayyip Erdogan yang memulakan karier politiknya dengan menjadi Datuk Bandar Istanbul di bawah Refah Partisi. Beliau yang seterusnya menjadi Perdana Menteri (2003 -2014) dan Presiden Turki (2014 - kini), ternyata merupakan tokoh utama yang berjaya mengemudikan parti dan pemerintahan dalam membawa perubahan ini. Kebijakan Erdogan dalam melayari gelora dan mencaturkan politik Turki membolehkannya melepasi cabaran yang menggugat parti dan kepimpinannya. Ini termasuklah gugatan daripada pihak tentera, cubaan mengharamkan AKP melalui mahkamah, komplot Ergenekon serta Sledgehammer, cabaran tunjuk perasaan di Taman Gezi dan cubaan menggulingkan kerajaan pada 17 & 25 Disember 2013. Kejayaan Erdogan melepasi cabaran ini membolehkan kedudukannya terus kukuh yang bukan sahaja mampu mencorakkan masa depan politik Turki, tetapi juga memperkasakan kembali Islam dalam kehidupan masyarakat di negara yang mewarisi keagungan Daulah Uthmaniyah.