Bandar Mesra Manusia

Bandar Mesra Manusia

RM 88.00

ISBN:

978-967-488-120-7

Categories:

General Academics

File Size

54.84 MB

Format

epub

Language

BM

Release Year

2021
Favorite (3)

Synopsis

“Jan Gehl merupakan seorang pemerhati ulung kualiti bandar-bandar dan ahli filosofi perbandaran yang sangat penting kepada kami dalam mencapai solusi ke atas krisis alam sekitar dan kesihatan yang kita hadapi kini. Dengan lebih separuh penduduk dunia kini berada di kawasan-kawasan perbandaran, seluruh penduduk planet ini perlu mempelajari apa yang beliau kupaskan di dalam buku Bandar Mesra Manusia.” Janette Sadik-Khan, Persuruhjaya Jabatan Pengangkutan Bandar New York. “Buku ini menghuraikan benih-benih idea Gehl, menyelidik beberapa bandar dunia yang telah berjaya diperbaiki sepanjang beberapa dekad yang lalu, dan menyatakan cabaran-cabaran mendatang. Kehidupan generasi akan datang akan menuju ke arah yang lebih bahagia dan berdaya saing jika pemimpin-pemimpin mereka mengambil nasihat beliau.” Enrique Penalosa, mantan Datuk Bandar Bogota, Columbia, dan Presiden Lembaga Pengarah Institut Pengangkutan dan Pembangunan Polisi New York. “Jan Gehl sentiasa mengagumkan kami melalui pandangan-pandangannya menjadikan bandar-bandar berfungsi dengan sebenar-benarnya. Pandangan-pandangan beliau di dalam bukunya ini bertaraf global berdasarkan hasil kerja beliau di Eropah, Australia, dan Amerika melalui data kajian perbandingan terhadap bagaimana para pejalan kaki menggunakan ruang-ruang awam. Menarik sekali adalah bagaimana beliau dengan cepatnya berjaya membantu beberapa bandar merubah jalan-jalan yang bercelaru trafiknya kepada syurga buat orang ramai.” Peter Newman, Profesor bidang Sustainability, Curtin University, Australia, dan pengarang bersama Resilient Cities (Island Press)