Sebuah Lembah Kunamakan Tanah Air

Sebuah Lembah Kunamakan Tanah Air

RM 35.00

ISBN:

978-967-2210-11-5

Categories:

General Novel

File Size

67.07 MB

Format

epub

Language

BM

Release Year

2021
Favorite (6)

Synopsis

Buku ini merupakan himpunan 155 puisi hasil karya Sasterawan Negara, Muhammad Haji Salleh. Muhammad Haji Salleh dilahirkan pada 26 mac 1942 di Taiping, Perak Darul Ridzuan. Mendapat pendidikan awal di High School Bukit Mertajam dan Maktab Melayu Kuala Kangsar. Kemudian melanjutkan pelajaran ke Malayan Teachers College, Brinsford Lodge, England. Memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sastera di Universiti Malaya (Singapura), Ijazah Sarjana Sastera dari Universiti Malaya dalam tahun 1970 dan Ijazah Doktor Falsafah dari Universiti Michigan, Amerika Syarikat dalam tahun 1973. Dalam tahun 1977, dilantik sebagai profesor tamu di bawah rancangan fulbright-hays dan mengajar di North Carolina State University, Raleigh, Amerika Syarikat. Muhammad Haji Salleh pernah bertugas sebagai pensyarah di Jabatan Persuratan Melayu dan dilantik sebagai Timbalan Dekan Fakulti Sains Kemasyarakatan dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau juga pernah dilantik sebagai Pengarah Institut Bahasa, Kebudayaan Kesusasteraan Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia. Pada tahun 1978, beliau dilantik menjadi profesor kesusasteraan ketika berusia 36 tahun. Pada tahun 1977-1978, Muhammad menjadi profesor pelawat, di North Carolina State University, Raleigh, North Carolina, Amerika Syarikat dan menjadi asian scholar in residence di University Michigan. Dalam tahun 1992-1993, beliau dipilih menjadi Fullbright Visiting Reseacher, di University of California, Berkeley dan seterusnya menyandang kerusi pengajian melayu di Universiti Leiden, Netherlands, dari tahun 1993-1994. Ketokohan Muhammad Haji Salleh dalam dunia penulisan puisi melayu moden mendapat pengiktirafan apabila telah terpilih menjadi Sasterawan Negara dalam tahun 1991 dan menerima anugerah S.E.A. Write Award di Bangkok dalam tahun 1997.