Pensyarah Ohsem

Pensyarah Ohsem

RM 35.00

ISBN:

9789671793831

Categories:

Motivation
Autobiography,Biography & Memoirs

File Size

33.76 MB

Format

pdf

Language

BM

Release Year

2021
Favorite (14)

Synopsis

Pensyarah Ohsem merupakan bingkisan memoir perjalanan hidup yang menceritakan segala jerih payah dan suka duka dalam menongkah sebuah perjalanan bernama pengalaman. Terdapat sepuluh bab di samping gambar menarik berkisar keluarga, pelajaran dan pengajaran, cinta, kerjaya dan konflik yang boleh diambil pengajaran dan teladan. Anak jati Cheras ini berusaha keras dan berani bermimpi sejak kecil, beliau terus melanjutkan pelajaran ke peringkat degree di UM dalam biomedical engineering selepas SPM. Tidak betah sebagai tutor di UM dan engineer di Siemens, beliau mengorak langkah menjadi First Line Manager termuda di kilang MILO terbesar di dunia. Rasa cinta akan dunia akademik membawa beliau mengajar di UniMAP setelah tamat master di Melbourne. Masih berasa kekurangan, beliau melanjutkan PhD di UTM dalam bidang biomekanik yang ditaja oleh Bright Sparks UM. Kemudian, beliau mengasas sebuah jabatan baru dan akhirnya dilantik menjadi Dekan di CUCMS. Kini, beliau di UPSI dengan harapan untuk melahirkan sebanyak mungkin pelapis yang berani bermimpi untuk terbang tinggi.