Alahai Miss Blur

Alahai Miss Blur

RM 20.00

ISBN:

9789670870366

Categories:

General Novel

File Size

1.04 MB

Format

epub

Language

Bahasa Melayu

Release Year

2021
Favorite (8)

Synopsis

Dia, gadis yang menjadi dirinya sendiri. Tak perlu make-up tebal. Tak perlu gincu merah menyala. Cukuplah dia gadis simple yang membawa personaliti berbeza. Dia Nurain Awatif aka miss blur! Kehadiran Awatif di Aspirasi sebagai setiausaha kepada Hadif Fakhri telah memberi ruang pada Hadif Fakhri untuk mengenali siapa Awatif sebenarnya. Sikap blur dan selamba Awatif membuatkan Hadif Fakhri pening kepala. Namun kerana sikap itu jugalah yang telah Berjaya mencuit hati Hadif Fakhri. Dia jatuh cinta! Hadif sembunyi cinta dalam diam. Hailah hati, kenapalah gadis ini boleh meruntuhkan tembok hati aku? Dia sangat comel. Dia juga jujur. Apa lagi yang hati perlu tolak jika semua dah cukup rasa. Awatiflah pemanis jiwa, dia juga garam dan lada. Hadif memang teruja dengan miss blurnya. Namun, hanya kerana fitnah, Awatif diberhentikan kerja serta-merta. Tambah luka bila kata- kata Hadif yang mengguris hatinya. Dia berlalu pergi. Tiada apa yang tertinggal di sini. “Dah, kau pergi keluar sekarang. Hari ini juga aku pecat kau. Kau boleh berambus dari office aku ni,”-Hadif Saat dia bangkit dan membina hidup baru, Farhan Redza kembali menagih cinta. Cinta yang diharapkan dari Awatif, tapi sayang persahabatan yang dihulur oleh gadis itu. Farhan nekad mengejar. Mampukah Hadif Fakhri kembali menyatakan sayang pada Awatif dan dapatkan dia mempertahankan Awatif dari Farhan Redza? “Ehem... Saya tak akan benarkan awak jatuh pada tangan pada sesiapa, Awa. Awak tahu kan saya sayangkan awak dan saya nak awak jadi isteri saya.” Nurain Awatif, hidupnya biasa sahaja tapi cintanya direbut dua jejaka. Alahai miss blur!